So tahun ni seperti sejak beberapa tahun sudah, selepas solat sunat Aidil Adha kami sekeluarga berkumpul kat umah tokwan. Seekor lembu bakal dikorbankan. Kalo tengok pada harga utk satu bahagian korban, Wae kata lembu kecik tapi bila tengok, besar jugak tapi lembu ni lembu kurus.... hehe mmg pon sbb takde lemak pon daging dia.. sup yg kami makan haritu mmg 'sihat' sbb 'fat free'..kekeke
Ni waktu beli lembu. Mama (tudung pink) dan Chik Num (baju merah) dgn tuan lembu, Pak Lah.. tu kt tangan mama tali lembu. kiranya masa ni semua yg buat korban akan membeli lembu dr tuannya.. yg dapatnya tali je lah sbb lembu akan disembelih sekejap lagi. Chik Num makcik aku yg baru dapat transfer balik ke Kelantan. 15 tahun sebelum ni dia sekeluarga beraya kat KL so tahun ni boleh kata pertama kali utk semua anak2nya so kiranya ramai lelaki lah kat umah Tokwan kali ni sbb anak2 Chik Num ni 6 org lelaki.

Aku sebenarnya dah lama tak tengok org sembelih lembu masa raya haji ni. Seingat aku last time aku tengok masa aku umur 5 ke 6 tahun mcm tu.. lepas tu dah tak tengok sbb mmg takut... tapi tahun ni sebab semua org keluar so aku tengok lah jugak.. tu pon di sebalik tiang..sedar2 aku dah menyorok belakang kete Tok Ayah..hehehe..ngeri la..Sebelum disembelih, kedudukan lembu tu diletakkan mengadap ke arah kiblat dan sambil itu takbir dilafazkan.
Abe membersihkan kaki lembu sambil protege terbaru, Ujie dan Faisal (anak Chik Num) memerhati. tahun depan dah boleh buat ye Ujie..

Sementara yg lelaki kat luar, kami yg perempuan sibuk di dapur.. tapi kat dapur tade gambar sgt sbb cameraman pon sibuk dok potong bawang.. prepare bahan2 utk buat sup, daging bakar dan sosnya, masak nasi...etc etc.. Masa ni lah yg seronoknya.. sepupu2 dok update cerita masing2..Mama pon dok update cerita dgn adik beradik dia yang budak2 pandai2 buat hal sendiri..dah ramai kan berkumpul so masing2 pon pandai carik kawan.



Makan daging fresh mmg sedap yg amat...sekali setahun makan daging sepuasnya. Normallah tu kalau sedar2 sakit mulut dok kunyah daging.Makanan paling best dan mmg confirm laku tiap kali raya haji, 'colek daging'.. daging bakar yg dipotong nipis dan dicecah air asam. tapi air asam thn ni tak ada lain sket sbb tomato patut dihiris nipis ada org terpotong kiub.. hehehe..mmg tak sedar langsung..sampailah dah nak gaul tu baru tersedar salah teknik kekeke..patutla nampak lain macam je.. tapi rasanya sama je..kekeke
Dan utk selama kat umah makan makanan berasaskan daging. tahun ni kat umah aku buat bolognaise dan murtabak raja. senang terus habis dagingso takde lah kene simpan lama2 kat freezer tu.










sayang korang ... muah muahhhsssss!!

sekali tgk.. memola.. ada 18PL..okey... pastu mula je cite... huhu... ya ampun...nape lah aku tgk cite nih... si Yus..amboi.. gelak sakan! walaupon aku pon gelaklah jugak kan, tp lawak dia tuh sunguh tidak boleh diterima dek kepala aku nih.. eeeiiii...nak muntah pon ada! aku rasa semlm aku tgk tu separuh je kut dr cite sebenar. yg lain dah selamat kene gunting ngan LPF.










Cantik! Perjalanan dr Padang ke Bukittinggi mengikut kata Pak Phily cuma lebih kurang 60km sahaja, tapi disebabkan bentuk mukabumi dan jugak struktur jalan, (derang takde highway mcm kita) perjalanan tu mengambil masa dalam 2 jam, dan lebih lagi kalau singgah kat mana-mana. Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami singgah dulu di Padang Panjang. Lunch kat Restoran Pak Datuk.....dan...tu dia...semestinya makan tengahari kami ialah.. nasi padang! semua mmg selera makan sbb perut dah lapar. Pas lunch pegi plak ke kerajinan Pandai Sikek, tengok org tenun kain songket. Masa ni tade feel lg nak membeli, maklumlah baru sampai.Tengok2 ajelah.
selesai dinner kami jalan-jalan kejap dekat kawasan hotel tu memandangkan malam masih awal. Pegi kedai runcit je pon... kat situ nampak ada kedai yg meniaga dalam gelap..So bila dah settle semua, balik bilik hotel dan berehat sambil layan sinetron kat tv Indonesia yg ada byk channel tuh.