Friday, July 25, 2008

Padang-Bukittinggi ~ Day 1 11072008

Berjaya jugak trip pertama aku ngan kawan-kawan ke tempat yg kena pakai paspot walaupon hampir2 nak kansel bila tarikh asal yg dirancang bertembung dgn tarikh exam.Jadi, sebelum subuh supiah 11/07 jam 5.30 pagi kami dah kat dlm bas di KL Sentral menuju LCCT. Flight kami ke Padang jam 7.50 pagi so kena sampai awal utk check in dan jugak solat Subuh. Sampai di LCCT semua dah ada dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ada antara kami ber tujuh ni first time ever naik flight. Terus keluar negara tu... mmg selamatlah derang tu kena usik.. maklumlah...ala2 jakun sket.. kekeke... Penerbangan AK942 KUL-PDG cuma mengambil masa 1 jam 10 minit. Aku tak habis makan sandwich dah ada announcement kata dah nak sampai. sib baik tak melecur bibir nak perabihkan hot chocolat sebelum pesawat landing.hari aku pegi tu, full flight.. ramai sungguh org Malaysia ni melancung ek..gi Bandung aritu pon sama gak penuh flight. Pemandangan dari udara kat Padang ni sgt cantik. Nampak gunung-ganang dan jugak air laut nan membiru.. compare dgn Bandung, Padang nampaknya lebih 'tenang' suasananya (Bandung haritu bandaranya kat tgh bandar so lalu nampak susunan rumah rapat2 dan sgt banyak) Tepat jam 8 pagi waktu tempatan kami selamat landing di Minangkabau International Airport. Beza sungguh dgn Bandung.Kat Bandung, Bandara Husin Sastranegara usang sungguh.. mungkin kat Padang ni international airport dan masih baru (-+ 3 tahun) so suasananya lebih selesa, ditambah lagi dgn berlatar belakangkan gunung-ganang.dah lah kami sampai tu masih pagi... mmg pemandangan yg sungguh menyegarkan.

sampai je kat sana, tour guide dari Raun Sumatera dah ada tunggu kat luar Arrival Hall. lega.. yo lah, risau jugak sbb semua urusan booking dibuat kut emel je.. kutlah kan.. tapi Alhamdulillah semuanya ok. So rombongan cik kiah kalini dapat sebuah minibus dgn sorang tour guide, sorang driver dan sorang pembantu. mmg selesa sgtlah transport kami tu since kami ada 7 org dok dlm minibus yg bole muat 25 org.Dari airport, kami terus menuju ke Bukittinggi sambil mendengar briefing ringkas dr Pk Phily, tour guide kami. Rupanya Padang tu airport je...destinasi sebenar kat Bukittinggi. So kami akan stay kat Bukittinggi sampai hari ke 4 dan pastu baru balik ke Padang. Kiranya malam terakhir baru balik Padang semulalah.

Dari awal lagi aku dah jatuh cinta dgn bandar Sumatera Barat ni. (again, compare dgn Bandung)Jalan kat sini lagi selesa dan lebih luas, tade lubang2 besar mcm kat Bandung. Ditambah lagi dgn pemandangan kiri kanan gunung ganang berkabus.Kat sinilah letaknya gunung Merapi, volcano yg masih lagi aktif.Sawah padi pulak seluas mata memandang. Apa yg menarik sawah derang ni, semuanya masih lagi diproses secara tradisional, menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. So kami dapat lihat org membanting padi, jemur padi dan jugak membajak guna kerbau lagi! Memang menarik. Tempar pertama kami singgah, Air Terjun Lembah Anai. Cuma singgah amik gambar je, takde agenda mandi manda dan mmg tak nampak bayang org mandi pon. Air terjun ni mmg cantik dan tinggi.. aku agak2 ada 4-5 meter kut tinggi dia.Pas snap2 gambar perjalanan diteruskan. Kami singgah kejap kat satu tempat ni, ala-ala mini RnR, Puncak Kiambang. Kat sini minum es kelapa sambil tengok pemandangan.
Cantik! Perjalanan dr Padang ke Bukittinggi mengikut kata Pak Phily cuma lebih kurang 60km sahaja, tapi disebabkan bentuk mukabumi dan jugak struktur jalan, (derang takde highway mcm kita) perjalanan tu mengambil masa dalam 2 jam, dan lebih lagi kalau singgah kat mana-mana. Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami singgah dulu di Padang Panjang. Lunch kat Restoran Pak Datuk.....dan...tu dia...semestinya makan tengahari kami ialah.. nasi padang! semua mmg selera makan sbb perut dah lapar. Pas lunch pegi plak ke kerajinan Pandai Sikek, tengok org tenun kain songket. Masa ni tade feel lg nak membeli, maklumlah baru sampai.Tengok2 ajelah.

Dari Padang Panjang kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi yg sememang nya tinggi. Dalam jam 2 mcm tu kami check in di Kharisma Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Bukittinggi. Masing2 masa ni mmg dah penat habis so mmg lega sangatlah bila dah sampai hotel. So rehat sampai jam 7 kuar balik utk dinner. Malam tu masa bersiap2 utk keluar dinner, lampu kat hotel kejap nyala kejap padam. Pelik gak. Bila kami turun ke lobi rupanya mmg satu hotel dah blackout. Bila ditanya, rupanya mmg kat Bukittinggi ni mcm tu, derang ada penggiliran sape dpt elektrik since bekalan letrik dtgnya dr janakuasa kat Maninjau so nak tanak mmg sume premis gilir2 dpt letrik. Tapi sib baik restoran tpt kami dinner tu ada lampu lagi walau dah nampak derang standby lilin. dinner kami, seperti yg sudah dibilang Pak Pili, utk trip di bumi Minang ni makanan kami nasi padang terus. makanler kami nasi padang tu.aku, walaupun tak gemar sgt dan tak berapa kena ngan selera tapi layan je... ada antara kami yg tak berapa ngam sgt so makan pon gitu2 je lah. selesai dinner kami jalan-jalan kejap dekat kawasan hotel tu memandangkan malam masih awal. Pegi kedai runcit je pon... kat situ nampak ada kedai yg meniaga dalam gelap..So bila dah settle semua, balik bilik hotel dan berehat sambil layan sinetron kat tv Indonesia yg ada byk channel tuh.

No comments: