Friday, October 10, 2008

saya yang pelupa

saya sepatutnya ke bank utk mengambil kredit kad baru. tapi saya lupa. tempoh untuk mengambilnya ialah sebulan dr tarikh surat dihantar.sebulan berlalu begitu saja

saya sepatutnya mencari restoran yg sesuai utk jamuan utk staf kontrak yg akan tamat kontrak di ofis.tapi saya lupa. akhirnya opismate lain yg uruskan semuanya

saya juga sepatutnya membayar bil kredit kad saya. tapi saya lupa. oh saya masih bernasib baik kerana rupanya tarikh akhirnya masih berbaki 2 hari lagi. selamat....

hari pertama masuk ke pejabat selepas bercuti panjang sempena raya, saya lupa nama kakak sepejabat. saya mmg langsung tak ingat namanya hingga terpaksa menebalkan muka bertanyakan namanya kerana dia sedang memerhatikan apa yg saya tulis sewaktu saya sedang mengambil pesanan utk mcdonalds delivery ke pejabat. ayoooo!

lagi apa lagi ek insiden2 berkaitan? oh saya tidak dapat beritahu kerana saya lupa!

apa sudah jadi, saya pon tak tahu. saya belum pernah kena suntikan epidural(kerana itu alasan yg selalu digunakan rakan2 yg pernah kena bius epidural sewaktu melahirkan anak di atas sebab pelupa mereka) saya juga masih muda dan seingat saya, tidak ada semut atau serangga atau yg sewaktu dgnnya yg saya telan. (kerana itu adalah pantang larang sewaktu zaman exam masa sekolah dulu)tapi kalau tak sengaja, itu saya tidak pasti...

ada cara ke nak suh kuat ingatan ni?

No comments: