Harini, pagi pas breakfast kitorang ke office Raun Sumatera utk bayaran baki yg belum dijelaskan. Dan kemudian destinasi lepas tu... yang ditunggu2! Mana lagi kalo bukan tempat shopping....Pasar Atas. Lokasi Pasar Atas ni mmg kat tpt paling happening kat Bukittinggi ni, kat tgh2 bandar.Apa yg boleh shopping kat sini? Macam-macam... tp sah2lah kitorang sume memborong tekstil. Ada macam2 jenis kain sulam, kebaya yg cantik2, telekung, blouse dan macam-macam ada lah pendek kata kat sini. Kami sume mmg rambang mata walaupon dikekang dgn Rupiah yg ada.. yalah tujuan ke sini nak bejalan, bukan shopping kan so sume bajet ngam2 je.... tapi kalo dah sampai ni, tak shopping tak sah la kan.. nama lagi pompuan. Cuma yg tak best kat sini, elok je kitorang baru nak warm-up, tetibe je lampu padam...dussss! rupanya siang hari pon ada jugak catuan letrik ni ha..malang sungguh bila kena pilih kain dlm gelap.mmg spoil the mood.. tp keje shopping tetap ada hasil. itu sudah tentu.. heheh.. kat depan pasar Atas ni lah jugak letaknya simbol atau landmark Bukittinggi, Jam Gadang. Haritu hujung minggu so mmg ramai sgt org, bukan hanya org tempatan Bukittinggi je tapi termasuklah jugak pelancong tempatan dr Medan, Jakarta dan lain-lain lagilah.. So tadela jakun sgt kitorang dok posing depan jam Gadang tu.... derang lebih lg.. siap mintak tolong kami lg tolong amikkan gambar kat derang.
Selesai shopping, kami bergegas balik ke hotel utk checkout dan kemudian gi lunch. Perjalanan seterusnya menuju ke Danau Maninjau. Nak ke Maninjau tu, sekali lagi perjalanannya mendaki so kami memula sampai di resort, tempat kami akan tido mlm tu.Dan dari situ bermulalah perjalanan turun utk ke Danau Maninjau melalui kelok 44.Kelok 44 ni, maknanya ada 44 kelok utk ke Danau tu....kelok kali ni mmg betul2 bukan ular ok, tapi cacing yg kena palu (heheh ada ke?) berpusing2 jalannya mmg mencabar habis.
Tapi bila sampai ke sana, pemandangannya sgtlah cantik dan kami lepak kat satu restoran ni, lepak2 sambil minum air, snap2 gambar dan melihat pemandangan.mmg best. Danau Maninjau ni tasik yang terbentuk dr larva gunung berapi.Pemandangan dia dikelilingi gunung ganang berkabus...mmg cantik..Sepatutnya kami akan ke muzium Hamka, memandangkan Danau Maninjau ni tpt asal Hamka tapi sbb hari kami pegi tu Ahad, muzium tutup takde rezeki nampaknya kami nak ke sana.
Malam tu kami tido di Nuansa Maninjau Resort yg bertaraf 3 bintang, kiranya ni lah hotel paling mewah kami duduk heheh.. tapi mmg cantik pon hotelnye. Malam tu hujan renyai2 cuaca mmg sejuk sgt kami sume pakai jaket mlm tu sbb sejuk. Oh ya lupa nak mention, kat Bukittinggi ni hotel dia mmg tade aircond sbb cuaca mmg dah sedia sejuk. betul.. kami lepak hotel siang pon siap berselimut lagi.So bayangkan dalam hujan plak tu.. mmg berbungkuslah kami. Nasib baik kat hotel tu tade plak kene catuan letrik. kalo tak mati kutu kami tatau nak wat apa. So apa lagi, di samping menebar hasil belian siang tadi, aktiviti utk malam tu, layan sinetron.Sempat jugaklah kami tgk rancangan yg ada Ashraff Sinclair surprisekan pacarnya Bunga Cinta Lestari tuh.. Live lagi, okay... dan yg unsangkarable, tgk Ashraff tu speaking Indon yar..
No comments:
Post a Comment