Showing posts with label Bukittinggi. Show all posts
Showing posts with label Bukittinggi. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Padang-Bukittinggi ~ Day 3 and 4 13~14072008

Pagi ni sedar-sedar je hujan kat luar.Dusss!! hajat dihati pagi ni ler nak gi jalan2 kat area resort.Kalo kok hujan gini, gimana deh? Sepatutnya dari resort boleh nampak pemandangan Danau Maninjau. Tapi dalam keadaan hujan mcm ni walaupon renyai2, kat tanah tinggi ni jawabnyer mmg takkan nampak pape lah..kabus tebal! rugi sungguh! Memandangkan besok dah flight kami utk balik ke Malaysia, harini kami akan bergerak dari Bukittinggi dan kembali ke Padang. Sekali lagi kami melalui jalan yang sama masa datang hari tu, kalini menuruni lembah berlengkar-lengkar jalannya.Bye bye Bukittinggi, ada rezeki Insya Allah dtg lagi.Sempat singgah kat satu kedai di lereng bukit ni. Minum air halia panas2.sedap bila diminum dalam cuaca sejuk mcm ni. Hujan renyai tak berenti lagi. dari kedai tu pemandangan dia cantik sgt tp kabus masih tebal..tak nampak pape.Dekat kami nak gerak balik barulah kabus beransur hilang. SO takdlah kempunan kami nak snap gambar. Lunch singgah lagi di Restoran Pak Datuk di Pasir Panjang, restoran yg sama kami singgah masa memola sampai haritu. Dalam perjalanan balik ke Padang, kami nampak ramai2 org dok berkumpul. Kebetulan jalan mmg jam.dari tingkap bas aku boleh nampak apa yg semua org dok tengok tu....huhu... ular sawa berlingkar...ntah apa dia baru telan...besar giler perut dia..Pak Pili kata babi tapi...ntahla.... dia tanya nak berenti ke... ya ampun pakkk!!! nggak mau! langsung aja kita!.

Kami semua masing-masing dok kira rupiah yg masih ada utk last shopping, yg mana tertinggal tak beli lagi utk org2 tertentu. Sampai kat bandar Padang dalam jam 2 dan terus check in di hotel Pangeran City. Kat sini baru kami nampak ada aircond dalam bilik hotel.

Pak Pili kata jam 5 baru kuar balik tp kitorang sume takut tak sempat shopping so bitau Pak Pili jam 4 kitorang da nak gerak. Nampaknya harini mmg cuaca mendung je. kalo pagi td asik hujan je dah ptg ni lembab, so sejuk la kami nak jenjalan. Dari hotel jam 4 ptg kami ronda kat sekitar bandar Padang. Lalu kat Kg. Cino, kat jambatan cam dlm novel Siti Nurbaya tu dan kemudian singgah kat tempat makan telur penyu. Aku tak makan ar...dah penah rasa pon. Kecik2 dulu lilek je nak telan. dah besar ni..err...rasa cam tak sanggup je..heheh..

Dari pantai kami ke pasar Padang. Betul kata Pak Pili, kalo nak shopping kat Bukittinggi lagi selesa compare ngan Padang. Kat Padang, tempat shopping dia dipanggil Matahari.Kat atas mcm shopping complex biase kat bawah tempat yg kami nak pegi. Macam pasar bawah tanah la kut...mmg sesak...rimas dan panas.org yg klaustrofobik cam aku neh mmg tak sesuwei lor tpt mcm ni. Kejap je kami kat sini lepas tu kami ke Pasar Sentral sbb nak cari barang yg macam kat Bukittinggi.

Alhamdulillah, selesai semua urusan shopping dan barang-barang yg dicari semuanya jumpa. Kat bilik hotel malam tu, semua bz memampatkan beg masing2 dgn hasil belian.Sok dah nak balik..Pak Pili dah pesan suh bangun awal, kul 5.30pg local time atau kul 4.30pg waktu Malaysia.

Hari terakhir.Semua awal-awal dah bangun. Kul 6 bas dah gerak menuju airport.
Flight kami jam 8 dan proses check in kami tade masalah. Dalamflight plak, heheh aku dok sebelah sorang mamat ni. aku ingatkan cina Indonesia. Sembang nyer sembang, rupanya org Korea yg dok kat Malaysia buat kajian pasal budaya, bahasa etc etc lah. So nak turun tu sempatlah kami bertukar alamat emel. Dan mmg sedang beremel pon skang ni. Meksu lak, dok sebelah sorang laki Indon ni, dan betapa keciknya dunia ni, org tu, org dr travel agent yg kawan aku ni amik utk trip derang ke Medan bulan 8 ni. kebetulan plak aku penah suh kawan aku tanya harga pakej Padang dgn dia, masa aku dok survey aritu.Tak sangka kan?

Yang pasti trip ni mmg sonok sangat (tiap kali trip ke mana2 pon aku akan kata gitu).Kawan2 aku plak, dah alang2 ada international passport, apa lagi, plan utk next trip plak!

Monday, July 28, 2008

Padang-Bukittinggi ~ Day 3 13072008

Harini, pagi pas breakfast kitorang ke office Raun Sumatera utk bayaran baki yg belum dijelaskan. Dan kemudian destinasi lepas tu... yang ditunggu2! Mana lagi kalo bukan tempat shopping....Pasar Atas. Lokasi Pasar Atas ni mmg kat tpt paling happening kat Bukittinggi ni, kat tgh2 bandar.Apa yg boleh shopping kat sini? Macam-macam... tp sah2lah kitorang sume memborong tekstil. Ada macam2 jenis kain sulam, kebaya yg cantik2, telekung, blouse dan macam-macam ada lah pendek kata kat sini. Kami sume mmg rambang mata walaupon dikekang dgn Rupiah yg ada.. yalah tujuan ke sini nak bejalan, bukan shopping kan so sume bajet ngam2 je.... tapi kalo dah sampai ni, tak shopping tak sah la kan.. nama lagi pompuan. Cuma yg tak best kat sini, elok je kitorang baru nak warm-up, tetibe je lampu padam...dussss! rupanya siang hari pon ada jugak catuan letrik ni ha..malang sungguh bila kena pilih kain dlm gelap.mmg spoil the mood.. tp keje shopping tetap ada hasil. itu sudah tentu.. heheh.. kat depan pasar Atas ni lah jugak letaknya simbol atau landmark Bukittinggi, Jam Gadang. Haritu hujung minggu so mmg ramai sgt org, bukan hanya org tempatan Bukittinggi je tapi termasuklah jugak pelancong tempatan dr Medan, Jakarta dan lain-lain lagilah.. So tadela jakun sgt kitorang dok posing depan jam Gadang tu.... derang lebih lg.. siap mintak tolong kami lg tolong amikkan gambar kat derang.

Selesai shopping, kami bergegas balik ke hotel utk checkout dan kemudian gi lunch. Perjalanan seterusnya menuju ke Danau Maninjau. Nak ke Maninjau tu, sekali lagi perjalanannya mendaki so kami memula sampai di resort, tempat kami akan tido mlm tu.Dan dari situ bermulalah perjalanan turun utk ke Danau Maninjau melalui kelok 44.Kelok 44 ni, maknanya ada 44 kelok utk ke Danau tu....kelok kali ni mmg betul2 bukan ular ok, tapi cacing yg kena palu (heheh ada ke?) berpusing2 jalannya mmg mencabar habis. Tapi bila sampai ke sana, pemandangannya sgtlah cantik dan kami lepak kat satu restoran ni, lepak2 sambil minum air, snap2 gambar dan melihat pemandangan.mmg best. Danau Maninjau ni tasik yang terbentuk dr larva gunung berapi.Pemandangan dia dikelilingi gunung ganang berkabus...mmg cantik..Sepatutnya kami akan ke muzium Hamka, memandangkan Danau Maninjau ni tpt asal Hamka tapi sbb hari kami pegi tu Ahad, muzium tutup takde rezeki nampaknya kami nak ke sana. Malam tu kami tido di Nuansa Maninjau Resort yg bertaraf 3 bintang, kiranya ni lah hotel paling mewah kami duduk heheh.. tapi mmg cantik pon hotelnye. Malam tu hujan renyai2 cuaca mmg sejuk sgt kami sume pakai jaket mlm tu sbb sejuk. Oh ya lupa nak mention, kat Bukittinggi ni hotel dia mmg tade aircond sbb cuaca mmg dah sedia sejuk. betul.. kami lepak hotel siang pon siap berselimut lagi.So bayangkan dalam hujan plak tu.. mmg berbungkuslah kami. Nasib baik kat hotel tu tade plak kene catuan letrik. kalo tak mati kutu kami tatau nak wat apa. So apa lagi, di samping menebar hasil belian siang tadi, aktiviti utk malam tu, layan sinetron.Sempat jugaklah kami tgk rancangan yg ada Ashraff Sinclair surprisekan pacarnya Bunga Cinta Lestari tuh.. Live lagi, okay... dan yg unsangkarable, tgk Ashraff tu speaking Indon yar..

Sunday, July 27, 2008

Padang-Bukittinggi ~ Day 2 12072008

Hari kedua, pas breakfast kami ke rumah Haji Rosma. Kami pon memula confuse apa la yg ada kat umah Pak Rosma ni. Rupnya, pesara guru ni jadikan umah dia tempat mengajar sulaman. Ramai la org tgh menyukam kat situ.Yang unik sbb dia guna mesin jahit lama yg guna kaki tu.Itu yg menjadikan sulaman kat sini eksklusif. Mmg cantik dan sgt halus buatannya. Kain utk kebaya, harga dia kat tag tu Rp1100000 sepasang, dlm RM360 lebih kurang. Kalo aku ni mmg peminat kebaya dah beli agaknya.Tapi sbb aku tak pakai, so not worth buying it. Cuma beli kain tenun sepasang kat sini.
Dr umah Hj Rosma kami ke tempat membuat kopi. Tempat ke sini tinggi sket,so jalan dia mmg berpusing2lah, lalu kat lembah tengok pemandangan cantik sangat. Pak Pili bitau, kat Bukittinggi ni byk pokok kayumanis. mmg banyak pon. boleh dilihat di mana-mana. Itulah sebabnya Belanda nak tawan Indonesia dulu, sbb rempah. patutlah dia jual kayu manis tu pjg2 dan berikat2 gitu. Kat tpt buat kopi tu, boleh minum kopi free.ada kopi kampung biasa, dan jugak yg special. Special tu, dr daun kopi dan dr daun mulberry (yg jadi makanan ulat sutera tu).Rupa dia mcm air teh dan keduanya ada khasiat yg berbeza. Tapi bila diberitahu yg daun mulberry tu bole kuruskan badan, semuanya serbu yg tu! heheh... dan jugak keduanya takleh minum serentak. Kene ada gap 15 minit mcm tu. bila ditanya apa jadik kalo minum campur2, pakcik tu kata 'Assalamualaikum...' heheh.. kat situ dia letak cawan atau jugak bole minum cara tradisional guna tempurung. dah mmg tpt ni byk kayumanis, so disediakan jugak kayu manis utk perasa. ada satu jenis air lagi, air buah pinang tp yg tu kena bayarlah.khusus utk batin. ada dijual serbuknya. kat label dia tulis 'minum seorang, puas dua orang'.cet!
kemudiannya kami pegi plak ke Istana Silinduang Bulan. yg unik senibina Minang ni, atap dia yg macam tanduk kerbau tu. kat dalam plak hiasan dia mmg sarat dan berwarna warni. yg femes sebenarnya Istana Pagar Ruyung. Istana Pagarruyung yg asal dah terbakar dlm tahun 70an gitu, dan kemudian dah dibina semula, tapi terbakar lagi sekali kene kilat tahun 2007.Sayang sungguh! Kalo yg tu lagi besar dan lagi gah snibinanya. Katanya nak dibina balik, tapaknya dah ada, mungkin 2 thn lagi siap.So, yg kami pegi ni, lokasi dia dekat dgn tapak istana Pagarruyung yg asal. Kat Istana Silinduang Bulan ni, ada tercatit kat situ penyumbang utk istana tu dan di antaranya ialah Tuanku Besar Negeri Sembilan. Kat dalam tu ada bilik utk raja, permaisuri dan puteri. Orang lelaki, menurut Pak Pili tidur di surau, bukan di rumah mereka. Oh lupa..aku kan di bumi Minang yg mana berpegang kepada adat Perpatih..so org perempuan lebih diutamakan so tak heranla nape org laki tak dpt bilik..heheh...Tapi skang dah byk yg tak dipraktikkan. On the way balik, kami terserempak dgn org kawen, pastu bas plak berenti. Pak Pili kata bole amik gambar..heheh..apa lagi semua serbu..Sporting betul. bila kami tanya bolehke nak snap gambar, org tu kata boleh je..nak makan kenduri terus pon boleh.tapi kami tak pegi lah kan.Pengantin lelaki tu ensem. tapi yg pompuan muka dia nampaknya masam je.. tatau lah kut sbb panas sbb pakai hiasan sarat kat kepala atau sbb cewek2 cun dok sebelah laki dia tuh..heheh..Tapi tak sempat nak amik betul2 pon sbb masa tu pengantin dah standby nak bergerak utk berarak.Pak Pili kata skang ni musim org kawen sbb dekat nak pose so bole banyak tengok tenda (khemah org kawen) kat Bukittinggi. Cantik lak tuh, ada scallop bagai lagi.

Kami seterusnya ke Ngarai Sianok. Ala-ala Grand Canyon mcm kat Amerika gitu.kat Ngarai Sianok ni jugak ada bekas kubu Jepun. yang dipanggil Lubang Jepang. Kami masuk ke dalam tu. seram pon ada sbb lubang tu mmg luas dan panjang. aku sampai pucat sbb takut dok membayangkan jahatnya Jepun seksa org Indonesia masa tuh. Tapi, betul aku ckp,mmg intelligent giler senibina Lubang Jepang ni. Bayangkan, lubang tu cuma dijumpai lepas Jepun lari tinggalkan Indonesia, pas Hiroshima kena bom atom.Selama sebelum tu, tade sape pon yg tahu kewujudan lubang tu.Kalo sape2 yg terserempak dgn lubang tu mmg tak balik umahlah jawabnye.Lubang ni zaman dulu, kat bawah rumah org je tapi takde sape pon dengar suara org kene seksa ke apa ke sbb dinding lubang tu dah dibina beralun utk menjadikan ia kedap bunyi. canggih kan? Dan jugak ada lagi beberapa misteri psl lubang tu yg sampai skang pon tak berjaya dibongkar lagi, contohnya tanah daripada penggalian lubang tu, tade sape pon tahu ke mana perginya tanah tu.


Sepatutnya ptg tu pas ke Ngarai Sianok kami ke Pasar Atas, utk first round shopping tapi sbb dr Sianok tu pon dah lewat (sbb sume sibuk nak shopping kat situ) so kami terus balik ke hotel dan kuar balik utk dinner. Malam tu makan makanan Sunda, lain sket dr nasi padang. So pastu balik hotel dan layan sinetron.

Friday, July 25, 2008

Padang-Bukittinggi ~ Day 1 11072008

Berjaya jugak trip pertama aku ngan kawan-kawan ke tempat yg kena pakai paspot walaupon hampir2 nak kansel bila tarikh asal yg dirancang bertembung dgn tarikh exam.Jadi, sebelum subuh supiah 11/07 jam 5.30 pagi kami dah kat dlm bas di KL Sentral menuju LCCT. Flight kami ke Padang jam 7.50 pagi so kena sampai awal utk check in dan jugak solat Subuh. Sampai di LCCT semua dah ada dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ada antara kami ber tujuh ni first time ever naik flight. Terus keluar negara tu... mmg selamatlah derang tu kena usik.. maklumlah...ala2 jakun sket.. kekeke... Penerbangan AK942 KUL-PDG cuma mengambil masa 1 jam 10 minit. Aku tak habis makan sandwich dah ada announcement kata dah nak sampai. sib baik tak melecur bibir nak perabihkan hot chocolat sebelum pesawat landing.hari aku pegi tu, full flight.. ramai sungguh org Malaysia ni melancung ek..gi Bandung aritu pon sama gak penuh flight. Pemandangan dari udara kat Padang ni sgt cantik. Nampak gunung-ganang dan jugak air laut nan membiru.. compare dgn Bandung, Padang nampaknya lebih 'tenang' suasananya (Bandung haritu bandaranya kat tgh bandar so lalu nampak susunan rumah rapat2 dan sgt banyak) Tepat jam 8 pagi waktu tempatan kami selamat landing di Minangkabau International Airport. Beza sungguh dgn Bandung.Kat Bandung, Bandara Husin Sastranegara usang sungguh.. mungkin kat Padang ni international airport dan masih baru (-+ 3 tahun) so suasananya lebih selesa, ditambah lagi dgn berlatar belakangkan gunung-ganang.dah lah kami sampai tu masih pagi... mmg pemandangan yg sungguh menyegarkan.

sampai je kat sana, tour guide dari Raun Sumatera dah ada tunggu kat luar Arrival Hall. lega.. yo lah, risau jugak sbb semua urusan booking dibuat kut emel je.. kutlah kan.. tapi Alhamdulillah semuanya ok. So rombongan cik kiah kalini dapat sebuah minibus dgn sorang tour guide, sorang driver dan sorang pembantu. mmg selesa sgtlah transport kami tu since kami ada 7 org dok dlm minibus yg bole muat 25 org.Dari airport, kami terus menuju ke Bukittinggi sambil mendengar briefing ringkas dr Pk Phily, tour guide kami. Rupanya Padang tu airport je...destinasi sebenar kat Bukittinggi. So kami akan stay kat Bukittinggi sampai hari ke 4 dan pastu baru balik ke Padang. Kiranya malam terakhir baru balik Padang semulalah.

Dari awal lagi aku dah jatuh cinta dgn bandar Sumatera Barat ni. (again, compare dgn Bandung)Jalan kat sini lagi selesa dan lebih luas, tade lubang2 besar mcm kat Bandung. Ditambah lagi dgn pemandangan kiri kanan gunung ganang berkabus.Kat sinilah letaknya gunung Merapi, volcano yg masih lagi aktif.Sawah padi pulak seluas mata memandang. Apa yg menarik sawah derang ni, semuanya masih lagi diproses secara tradisional, menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. So kami dapat lihat org membanting padi, jemur padi dan jugak membajak guna kerbau lagi! Memang menarik. Tempar pertama kami singgah, Air Terjun Lembah Anai. Cuma singgah amik gambar je, takde agenda mandi manda dan mmg tak nampak bayang org mandi pon. Air terjun ni mmg cantik dan tinggi.. aku agak2 ada 4-5 meter kut tinggi dia.Pas snap2 gambar perjalanan diteruskan. Kami singgah kejap kat satu tempat ni, ala-ala mini RnR, Puncak Kiambang. Kat sini minum es kelapa sambil tengok pemandangan.
Cantik! Perjalanan dr Padang ke Bukittinggi mengikut kata Pak Phily cuma lebih kurang 60km sahaja, tapi disebabkan bentuk mukabumi dan jugak struktur jalan, (derang takde highway mcm kita) perjalanan tu mengambil masa dalam 2 jam, dan lebih lagi kalau singgah kat mana-mana. Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami singgah dulu di Padang Panjang. Lunch kat Restoran Pak Datuk.....dan...tu dia...semestinya makan tengahari kami ialah.. nasi padang! semua mmg selera makan sbb perut dah lapar. Pas lunch pegi plak ke kerajinan Pandai Sikek, tengok org tenun kain songket. Masa ni tade feel lg nak membeli, maklumlah baru sampai.Tengok2 ajelah.

Dari Padang Panjang kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi yg sememang nya tinggi. Dalam jam 2 mcm tu kami check in di Kharisma Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Bukittinggi. Masing2 masa ni mmg dah penat habis so mmg lega sangatlah bila dah sampai hotel. So rehat sampai jam 7 kuar balik utk dinner. Malam tu masa bersiap2 utk keluar dinner, lampu kat hotel kejap nyala kejap padam. Pelik gak. Bila kami turun ke lobi rupanya mmg satu hotel dah blackout. Bila ditanya, rupanya mmg kat Bukittinggi ni mcm tu, derang ada penggiliran sape dpt elektrik since bekalan letrik dtgnya dr janakuasa kat Maninjau so nak tanak mmg sume premis gilir2 dpt letrik. Tapi sib baik restoran tpt kami dinner tu ada lampu lagi walau dah nampak derang standby lilin. dinner kami, seperti yg sudah dibilang Pak Pili, utk trip di bumi Minang ni makanan kami nasi padang terus. makanler kami nasi padang tu.aku, walaupun tak gemar sgt dan tak berapa kena ngan selera tapi layan je... ada antara kami yg tak berapa ngam sgt so makan pon gitu2 je lah. selesai dinner kami jalan-jalan kejap dekat kawasan hotel tu memandangkan malam masih awal. Pegi kedai runcit je pon... kat situ nampak ada kedai yg meniaga dalam gelap..So bila dah settle semua, balik bilik hotel dan berehat sambil layan sinetron kat tv Indonesia yg ada byk channel tuh.

Friday, July 18, 2008

Padang-Bukittinggi

Sangatlah malas nak menaip. Tengok gambar dululah. Layannnnnn........




Ni kira intro. Cerita lenkali aku update. Tunggu............!