Saturday, April 26, 2008

Parti Liar Mandi Buih

wah cam gempak je ek tgk tajuk.. mmg gempak pon.. bagi kitorangla.. org lain biase2 jek kut. sebenarnya.. sempena geng2 aku ni yg akan ke cawangan 1 Mei ni, so, geng2 aku ni yg bujang plan 1 hari untuk bersukaria..so Khamis lepas kitorang ber 8 siap amik cuti lagi. tentatifnya : 1. Paintball. 2)Karaoke. 3)tgk movie. 4)makan besar. 5)bowling. dan keputusannya, semua target berjaya dicapai dgn jayanya. eheheh.. tgk susunan tu cam semput jek kan... tp kami semua berjaya menghabiskan semua acara dr kul 9 pagi sampai 11 malam yg dah diatur oleh Miss Dianna kiter..haha!


kesahnye, pepagi tu kitorang - aku, Su, Tina, Yanna, Kak As, Hani, Ita n Roro berkumpul kat umah meksu. dah sampai semua so kitorang bergerak ke Dusun Ali King kat Gombak. belakang pagar UIA jek rupanya tempat ni. memola tgk dr jauh seram gak.. yolah.. betul dalam hutan tempat ni..sbbnye kitorang kene park kete tepi jalan kemudian kene jalan dlm 300 meter (signboard kata) ke dalam. then..sampai ler kitorang ke Dusun Ali King tpt main paintaball ni. wah tengok suasana..dalam dusun.. mmg syok je dok dlm tu..dgn dgr bunyi air mengalirnye..bunyi hutan..tadak bunyi kereta ke apa yg bukan natural langsung..best.. cuma tak bestnye sbb byk nyamuk. langit pon time tu gelap je mcm nak hujan. so sesampai je kitorang kat situ makcik (aku lopa nama dia sbb Yana yg deal ngan dia) dah sedia sambut kitorang. dia terkejut je sbb kata dia, ni first time yg dtg main all girls. selalunya kalo tak lelaki, mesti mix lelaki pompuan..hehe.. da la sume pompuan, first timer plak tuh. then dtg husband makcik ni, kitorang pangge dan dia pon mmg bahasakan dia pakcik..hehe..ni pon aku tatau nama dia sbb dia tak perkenalkan diri.. ke aku tak pasan aku pon tak tau.. dah sampai tu, kenal2 ngan pakcik makcik, then apa lagi, kitorang bukak bekal dan masing melantak.da habis makan, dan2 tu jugak hujan turun..so takle main sbb pakcik tu kata kalo main dlm hujan senapang tu boleh jam. so mau tak mau terpaksalah kami tunggu sampai hujan reda. plan asalnya nak main sampai kul 11.ni, kul 11.30 baru mula main...pas pakcik breafing cemane nak main..masing2 dah kecut perut.. cemane nak men nih..kitorang bagi 2 team, team kuning - Hani (kapten), Su, Roro ngan Ita. Kumpulan Hijau lak Kak As sbg kapten dan soldadunye plak aku, Tina ngan Yanna. mmg huru hara habis bila 8 org cik kiah yg berperang. first game, masing2 tergamam taktau nak buat apa..nak tembak pon takut dan aku jugak awal2 lagi dah kene tembak ngan Roro..sakit wooo.. sampai harini lebam tak hilang.bila masuk second game, ok sket..serangan mmg habis-habisan.Grup Kuning menang 2 kali grup hijau lak sekali..heheh.. terima kasih di atas usaha gigih 2 org kapten yg mmg bertarung habis-habisan masuk ke kubu lawan utk grab bendera tuh. sempat main 3 game jek tapi mmg puas hati..kira dah merasa la kami main paintball nih..sakit kene tembak tp mmg seronok. yg kelakarnye masing2 sibuk posing bila photographer nak amik gambar.sape2 yg nak main paintball ni aku mmg rekemen kat sini. RM65 sorang dgn peluru 200 biji. siap ada phtographer lagi yg dah ready nak amik gambo player in action. aku rasa dah murah dah tu. siap bole order breakfast/lunch kalo nak. dan jugak ada kolam tadahan air bukit yg mengalir. kat situla kami semua berendam. mmg best sgt sbb air dia sejukkkk! utk info lebih masuk sini je tengok..Dusun Ali King (ni kene bagi komisen kat aku ni promote ni).. gambar kitorang pon ada dia upload sekali.


so, dr Gombak, pas selesai mandi manda dan bersiap2, kami bergegas pulak ke The Curve utk sesi melalak..pegi karaoke plak. first time pegi ngan geng ni..apa lagi..memasing tunjuk skill..lgpon dengan geng sendiri so mmg tak control..belasah jek nyanyi..dr lagu terkini sampaila lagu rock kapak. dr RedBox tu kitorang bergegas plak pegi seberang bangunan, tengok cite LOVE. masa tgk cite ni aku mmg bersengkang mata nak tahan dr terlelap. sbbnye badan mmg dah letih dan citenye plak agak slow.. pastu kitorang belum lunch sbb tade masa utk lunch since karaoke ngan movie dah book awal2, badan mmg dah penat habis..so mmg kene tahan mata ar dr terlelap. Ita kat sebelah mmg da tersengguk dah. Yanna lak dok soksek.. ingatkan selsema ropenye..dah banjir! haha! makcik itu..mmgla..


habih movie, dlm kul 7 so kitorang lepak jap pastu pegi surau untuk maghrib.lepas tu...waktu ditunggu2...Marche! da lama kitorang plan nak makan kat sini.masa ni perut mmg dah lapar tahap maksimum..kene plak kat Marche tuh semua benda pon nampak cam best.. hehe..semua mmg melantak..tak sempat dah nak snap gambar makanan dah.. dpt makanan jek terus ngap! so bile perut dah kenyang ada yg cam dah recharge balik tp aku da mula rasa sakit badan..nak main boling lagi nih. Kak As terpaksa balik dulu so tak join boling. sempat kitorang snap gambar ngan owner tempat boling tu, Shalin Zulkifli sesampainye kami kat sana. memola aku tanak main tp bila sume main, termasuklah Tina yg kata dah pening kepala tu, so aku pon main ler jugak.. heheh.. kalo aku dah main tu paham2 ler sape yg dpt point paling sikit..kekeke! jenuhler sume org dok ngajar aku..tapi cara Ita ajar paling berkesan kekeke.. dptler 29 point utk 1 game..kekeke! oke lah tu dari tak dpt langsung.


sampai umah dah kul 12..besok nak keje lagi..mmg penat tak terkata tapi best sgt.. sbb kami sume mmg enjoy habis.. kiranya tujuan kitorang nak enjoy bersukaria sebelum kawan2 ke cawangan tu, tercapai. ni sampai bila2 pon aku akan ingat..

Tuesday, April 22, 2008

Bandung ~ 2nd - 5th April ~Day 4:.Last Day

hari last. semlm sempat kitorang berpiknik menghabiskan semua strawberry yg dibeli kat Ciwidey. dah beli chocolat sauce siap2 so makanla chocolat dip strawberry ala2 siti nurhaliza tuh.. heheh. so bangun pagi, sambil breakfast dan masa tu jugak kitorang bawak keluar semua beg kitorang..haaaa amik kau! beg 10 org cik kiah dah beranak pinak bercucu cicit kalo nak compare dgn masa sampai tempohari. utk last shopping, kitorang memborong souvenir dr penjual yg mmg setiap hari dok tunggu kat luar hotel tu stand by kitorang keluar nak offer brg jualan. ada yg beli t-shirt Bandung, ada yg beli souvenir kecik2 tu. aku ngan Kak Nani beli key chain tambah lagi yg dah beli tuh. sedih jek rasa masa nak tinggalkan hotel tu. so sebelum ke Bandara Husin Sastranegara kami singgah ke Kartika Sari utk beli pisang molen buat buah tangan dan kemudian ke Amanda Brownies utk beli brownies kukus yg femes tuh. pisang molen aku beli 2 perisa-coklat dgn cheese.brownies lak aku beli 5 perisa, share dgn Kak Nani-cheese, pisang, tiramisu, pandan kaya dan brownies bakar.pas beli brownies terus Pak Toha hantar kitorang ke Bandara.bye bye Bandung...!


All in all, aku mmg seronok sgt ke Bandung ni. makanan pon sedap, orang2 nya pon ramah tamah semua dan paling penting boleh shopping sakan sbb duit Rupiah yg murah . dan confirm aku akan dtg lagi. tapi bukan tahun ni a.. baju raya tahun ni dah beli so paling awal tahun depan, Insya Allah..

Bandung ~ 2nd - 5th April ~Day 3

sepatutnya, kalau nak diikutkan itenarary yg aku dah rancang awal2 lagi, harini kami akan ke Punchak Bogor. tapi setelah berdiskusi dgn Pak Edy dan jugak mengambil kira jangka lawatan kami yg : a)hanya 4 hari; b)the neverending shopping activity; c)jarak Punchak Bogor yg memakan masa 3 jam; d)takde apa untuk dibuat di sana kecuali sightseeing dan juga safari. so, setelah mengambil kira suara ramai, Punchak Bogor telah dikeluarkan dr itenarary dan diganti dengan lawatan ulangan ke Pasar Baru. so pagi2 lepas breakfast rombongan cik kiah menuju ke Cihampelas yg tak jadi pegi semalam. kat sini banyak kedai menjual denim, khakis dan yg sewaktu dgnnya. kalo nak beli cenderamata dr Bandung pon banyak kat sini. so aku sempat beli selai selua utk Sapiq dan jugak memborong bermacam perisa kerepek pisang di Putri Snack. ada gak kerepek tempe tp aku tak tgk pon sbb rupiah dah habis..kalo aku beli sah2 semua perisa aku borong..hehe...oh dan kat sini jugak aku beli wallet utk Wae. cantik wallet tu. aku suker... hehe...so dari situ kami bergerak ke Pasar Baru. since kami semua nak beli lagi kerepek so Pak Toha turunkan kitorang kat pintu masuk Pasar Baru.tengah dok memborong kerepek tu..huhu.. kami diserbu warga Bandung yg masing2 menawarkan barang jualan mereka. dan ada juga yg dtg bermain gitar sambil menyanyi kat kitorang. aku ingat lagi lagu tu lagu Yani n Nuonvo (betul ke ejaan ni?) tajuk 'Menjaga Hati' best jugak derang nyanyi dan mmg lagu tu ada dalam playlist aku skang ni. tapi sbb derang dtg dekat giler dgn kitorang so nak mencapai purse nak keluarkan wang nak bagi kat derang pon tak berani. aku masa ni pon dah tak tahu nak beli apa sbb banyak dah beli so dr meronda tak tentu pasal dan membeli benda yg tak sepatutnya so aku ngan Kak Nani lepak kat foodcourt dan makan nasi ikan bakar Pak Chimet.Rp 35 000 utk satu set ikan gurame bakar, sotong sumbat dan jugak udang bakar berserta air dan ulaman. mmg best giler. so dari Pasar Baru, org lain tak makan lagi sbb bz shopping so Pak Toha bawak kitorang ke Kampung Daun. Kampung Daun satu restoran yg high class kat Bandung ni. tgk tempat pon tahu. dalam perjalanan banyak kawasan perumahan elit yg lengkap dgn security sekali. beza betul dgn kat bandar.Lokasi dia kat atas bukit dgn suasana macam dalam hutan dgn air terjun semulajadi. tapi haritu tempat makan yg sebelah waterfall tu dah reserved so kami pegi amik gambar jek la kat situ. makanan pon best sgt. sbb aku kenyang lagi so aku cuma order soto Semarang dgn air 'dwiwarna'.soto tu biasa je.. rasanya soto bibik buat lagi sedap pon.. tapi air dwiwarna tu.. mmg best gilos! dwiwarna sbb ada 2 warna, air tu gabungan jus strawberry dgn durian belanda dan on top of that ada eskrem vanilla. kalo dtg Bandung ni, mmg kene try semua jenis jus dia sbb semua mmg pure dan sgt sedap. cuma kadang2 tu manis sikitla. perut sudah kenyang, kami pegi lak naik atas bukit. kalo tak silap kawasan tu nama dia Bukit Dago. dalam perjalanan nak ke Bukit Dago tu sempat sembang dgn Pak Toha pasal pilihanraya Jawa Barat.. politik di sana dan macam2 jugakla.. Pak Toha tu mmg org yg peka dgn apa yg berlaku di sekeliling dia. bila sampai ke Bukit Dago tu, sejuk je kat atas ni. tak lama kitorang kat sini sekadar amik angin je sambil tgk pemandangan bandar Bandung di waktu malam. jalan nak naik ke sini pon curam giler. seb baik malam kalo tak maunye seram gak.so dari Bukit Dago kitorang ke Terminal Tas sebelum balik ke hotel..sob..sob.. sedih.. malam ni dah kena packing barang besok dah nak balik ke Malaysia..

Sunday, April 20, 2008

Bandung ~ 2nd - 5th April ~ Day 2

hari kedua, pagi2 lepas breakfast kitorang gerak dulu ke Golden Money Changer since cik kiah2 semua dah kehabisan rupiah setelah dihabiskan di Pasar Baru semalam. kalo kat Malaysia simple je cara nak tuko duit. kat sini lain pulak kekdahnyer... memola kene pegi kaunter, bagi nama etc then jumlah dan duit yg nak ditukar. duduk kejap sampai ler nama kite dipanggil. rate kat sini lagi murah compare ngan tuko kat KL tempohari. settle tuko duit, kitorang gerak ke Ciwidey. Ciwidey ni tanah tinggi. destinasi kitorang nak pegi ialah Kawah Putih. tempat ni penah jadi filming location filem 'My Heart'. mengikut kata Pak Toha, perjalanan utk ke Ciwidey ni lebih kurang sejam setengah. yg best dalam perjalanan ni tengok pemandangan dia. lalu sawah yg masih lagi diudahakan secara tradisional. kalo kat Malaysia semua kerja sawah dibuat dgn mesin. tapi kat sini semuanya masih menggunakan tenaga manusia. aku rasa dah lama giler aku tak tengok orang jemur padi. masa kecik2 dulu ada la.. ni kat mana jumpa sawah ada la nampak org jemur padi di tepi jalan.jalan untuk ke Ciwidey ni jugak boleh kata teruk.. dgn lubang sana sini.tapi penat tu semua rasa hilang bila kitorang sampai ke Kawah Putih. tempat ni panggil kawah putih kerana ada satu tasik yang airnya berwarna putih di sini. tade sape pon yg nak mandi kat tasik tu sbb airnya air sulfur. sebab letaknya kat atas bukit, so mmg sejuk kat atas ni. org2 tempatan yg pergi ke sini mmg pakai baju sejuk tapi sbb kitorang nak cantik dalam gambar so sejuk2 tu pon kitorang tahan je.. hehe.. tape.. janji gambar cun. dari Kawah Putih kami turun balik dan singgah di kebun strawberry untuk petik buah strawberry. mcm kat Cameron kan? tapi tak sama.. kat sini semuanya masih lagi diusahakan secara tradisional dan jugak kebun dia letaknya di lereng2 bukit dengan pemandangan yang sungguh indah dan sukar nak diungkapkan dengan kata2. memang cantik! dengan bukit bukau menghijau saujana mata memandang. aku bole duduk berjam2 kalo tempat mcm ni. sudahnya kak nani je yg sibuk dok petik strawberry aku lak dok snap gambar sana sini sambil tangan laju jek petik strawberry masuk ke mulut sendiri! wakakaka!! harga strawberry kat sini Rp30 000/kg. lebih kurang RM10.50. murah kan.. kitorang sempat beli dodol strawberry, jam, pastu kuih aku tak sure apa nama dia tapi sedapla.. dan jugak jus strawberry. best sangat jus tu sbb mmg pure rasa dia. so, bila dah puas beli belah, snap gambar, solat semua so kitorang gerak semula untuk balik ke Bandung. tengok jam dah pukul 3 lebih..patutla lapar giler.. so dalam perjalanan balik, ditambah lagi dgn jalan bengkang bengkok semua org mmg letih dan aku rasa masa tu kut yg bebetul semua org senyap sbb tertidur. kalo tak, bingit semacam je dalam avanza tuh. sampai je di Bandung kitorang dibawa ke restoran makanan Sunda, Restoran Dapur Sangkuriang. memang sedap dan lazat makanan kat sini. ditambah plak dgn keadaan kami semua yg kebulur. mmg semua makanan disapu bersih. kat sini kitorang order ayam bakar, tempe penyet, sup ikan gurame (specialty kat sini), kangkung goreng dan jugak pisang bakar keju coklat. untuk air aku tak ingat org lain order apa tp aku ngan kak nani order jus alpukat yg sgt pure rasanya.mmg marvellous! next destination, Rumah Mode. aku selalu terbaca, mmg kat sini sape2 yg gi Bandung mmg akan ke sini. cantik tempat dia. aku beli baju untuk anak2 buah aku kat sini. ikutkan hati cam tanak beli jek sbb agak mahal kalo nak compare dgn tpt lain tp aku beli jugak sbb takut da tak jumpa baju budak pasni. so beli babyt nike utk the girls, dan t-shirt utk the boys. pastu sambung lagi pergi FO Natural dan Donatello. dr Donatello ingatkan dah nak balik ke hotel..rupanya Pak Toha bawak kitorang pegi ke Cihampelas. waduh waduhhhh!! capek banget pak! nggak mau shopping deh! mau istirehat, balik ke kamar mau tidur! tapi layannnn jek.. sampai di Cihampelas tak jumpa avanza satu lagi. pusing punya pusing, rupenye derang dah balik hotel! sume sudah capek nak tido jek.. so kitorang cancel singgah ke Cihampelas, terus balik ke hotel. konon nak carik bakso, tapi dah jam 9, sume kedai sudah tutup.. so balik tido ler nampaknye..

Saturday, April 19, 2008

Bandung ~ 2nd - 5th April ~Day 1

Bandung.. akhirnya sampai jugak aku ke sini. Bandung antara yg termasuk dlm a-must-go dlm wishlist aku selain Bali, bagi tempat kat Indonesia.yahoo! utk trip ke Bandung kalini,aku join geng Kak Nani. so ada 10 orang cik kiah semuanya. sebelum subuh kul 5 pagi 2/4 aku da gerak dr umah menuju ke KL Sentral so dr sana amik bas utk ke LCCT. terpaksa gerak awal sbb budget masa utk Subuh, breakfast dan juga nak check in. since ini first time nak naik international flight dgn Air Asia. so, 9.05am waktu Malaysia flight berlepas dr LCCT dan 2 jam kemudian jam 10.05 am waktu Indonesia kami selamat mendarat di Bandara Husin Sastranegara.Airport dia mmg simple giler. kalo nak compare dgn airport KB pon, 1000x lagi canggih airport KB tu. so, lepas settle paspot dan jugak beg, aku carik pak Edy, orang yang aku dah book awal2 dr Malaysia lagi utk sediakan supir. dari jauh dah nampak ada org pegang kertas nama aku.. hehe.. so, instead of dpt Pregio, pak Edy dah sediakan 2 Avanza utk 10 org, dgn harga yg sama dgn Pregio. wah bagussss! lagi selesa kalo camni. dari airport, kami menuju ke bandar Bandung, ke Hotel Patradisa. hotel ni budget hotel jer tp mmg sangat selesa. yolah.. murah jek pon...Rp250 000 utk satu mlm bagi standard room dan special price dia bagi utk family room - Rp 275 000/night sbb kitorang amik byk bilik. normal price Rp 350 000/night. ropenye hotel ni ade 8 bilik je... patutla tak cukup standard room yg kitorang mintak .. itu yg terpaksa bagi family room tu... so, pas settle cek in, mengikut kata Pak Toha, supir aku tuh, kitorang rehat jap, solat then baru keluar.. tapi cik kiah semua ni dah tak menyempat dah gatal tangan nak shopping so lepas je letak beg semua kitorang terus keluar.memandangkan semua dah lapar so destinasi pertama, makan!! utk lunch pertama di Bandung, kami makan nasi padang. dan lepas tu, terus menuju ke Pasar Baru Trade Centre. Kat Bandung ni tempat shopping yg aku paling suka kat Bandung. banyak produk tekstil kat sini. aku shopping blouse utk aku dan jugak adik badik, telekung dan semestinya kain ela bermacam2 jenis. linen, cotton.kalo sape yg nak kawen tu mmg elok sgtla dtg ke sini since pilihan lace dia yg ada macam-macam fesyen dan warna.nasibla aku tak tau bila nak walimatul urus...heheh.. blouse mmg banyak, bermacam gaya. ada jugak muslimah swimsuit, kebaya yg cantik gilos tuh...nasib ler aku tak pakai kebaya..kalo tak nak jugak aku rembat sepasang dua. kitorang dok kat Pasar Baru tu dr jam 12 sampai la kedai tutup dalam jam 5.30 lebih kurang. lepas tu ke factory outlet Happening. kalo kaki shopping mmg sonok habis ar kalo mai sini tp aku tengok2 tadela berminat sgt. survey jek la.. tp ada la jugak beli officewear selai dan jugak baju Naruto yg kakak Princess pesan. dinner malam tu kami makan bakso malang di Bakso Malang Karapitan. mmg best dan mengancam habis bakso dia. ni first time aku makan bakso. lepas makan, perut dah kenyang kaki pon dah sakit..badan hgn ckp ler mmg letih sbb tak rehat langsung sejak sampai. so kitorang balik ke hotel. besok nak bangun awal sebab kitorang akan ke Ciwidey, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan.

Wednesday, April 16, 2008

posting pertama

ehehe... posting pertama aku kat blog baru aku. blog sebelum ni.. template utk layoutnye tak sedap di mata aku nak memandang. so, aku bukak blog baru dan yg dulu biar menjadi sejarah jek.. alam cyber ni masih luas utk di'sepahkan'..kekeke..

kenape nama blog aku si katak hijau? ekekek.. adalah sbb dia tuh. dan jgn bimbang aku bukannye alien dr galaksi yg berjiran dgn bima sakti.

so.. utk yg pertama ni aku nak citer harini yg aku dah 'menang' 2 pertandingan yg aku pon tatau bila aku masuk.
pepagi td, masuk2 opis jek aku tgk ada msg kat hp aku, dan katanya aku da menang cash cek 20 000.00 ok. cuba tgk bebetul bape byk '0' kat belakang tuh. memola baca tu buntang mata aku..biar benar.. tapi..bertenang nona.. baca bebetul.. sekarang ni tak semua benda senang nak dapat. bila tgk nombor msg tu dihantar, nampak len macam jek.. nombor indonesia kut.. so.. bo layannnnn...

pastu dlm kul 11 gitu.. aku dpt phone call dr satu company ni.. tanya aku penah masuk contest 'Jutaria' tak.. aku kata..ntah.. tak ingat da... pastu akak tu kata 'oh.. ni mesti dr Matta Fair kut..' aku iyerkan jek la.. sbb mmg aku suke pegi situ.. time tu beseler.. ada mcm2.. pastu akak tu kata, aku da menang contest, dpt voucher percutian 3 hari 2 mlm di mana lokasi percutian dlm Malaysia.utk 6 org okeyyyyy.... antara lokasi dia kat Genting, Cameron Highland..etc..etc.. mcm tahu2 je aku tgh dok usha pakej gi Genting nak gi ngan adik2 aku. so, utk dapatkan voucher tu aku kene pegi opis derang. kalo boleh weekend sbb 'haritu kami buat jamuan utk meraikan semua pemenang'.. uh.. len macam jek bunyinye.. dan2 tu jugak aku contact org yg penah teman aku pi Matta Fair tu. dan hasil edisi siasat aku, ak penah isi form dr satu company ni masa aku pegi Matta Fair thn 2006 dulu..yolah 2 kali sethn je pon kan so senangla aku nak detect. cet! contest apa 2 thn br dpt pemenang?? siap pesan lagi nnt dtg jgn dtg sorang sbb 'ada dokumen yg kene sign utk dptkan voucher tu'... aku dah pk lain dah..

huh.. so kesimpulannye.. rezeki bukan dtg percuma.. jgn mimpi la nak turun dr langit kasik free jek!