Wednesday, July 30, 2008
Padang-Bukittinggi ~ Day 3 and 4 13~14072008
Kami semua masing-masing dok kira rupiah yg masih ada utk last shopping, yg mana tertinggal tak beli lagi utk org2 tertentu. Sampai kat bandar Padang dalam jam 2 dan terus check in di hotel Pangeran City. Kat sini baru kami nampak ada aircond dalam bilik hotel.
Pak Pili kata jam 5 baru kuar balik tp kitorang sume takut tak sempat shopping so bitau Pak Pili jam 4 kitorang da nak gerak. Nampaknya harini mmg cuaca mendung je. kalo pagi td asik hujan je dah ptg ni lembab, so sejuk la kami nak jenjalan. Dari hotel jam 4 ptg kami ronda kat sekitar bandar Padang. Lalu kat Kg. Cino, kat jambatan cam dlm novel Siti Nurbaya tu dan kemudian singgah kat tempat makan telur penyu. Aku tak makan ar...dah penah rasa pon. Kecik2 dulu lilek je nak telan. dah besar ni..err...rasa cam tak sanggup je..heheh..
Dari pantai kami ke pasar Padang. Betul kata Pak Pili, kalo nak shopping kat Bukittinggi lagi selesa compare ngan Padang. Kat Padang, tempat shopping dia dipanggil Matahari.Kat atas mcm shopping complex biase kat bawah tempat yg kami nak pegi. Macam pasar bawah tanah la kut...mmg sesak...rimas dan panas.org yg klaustrofobik cam aku neh mmg tak sesuwei lor tpt mcm ni. Kejap je kami kat sini lepas tu kami ke Pasar Sentral sbb nak cari barang yg macam kat Bukittinggi.
Alhamdulillah, selesai semua urusan shopping dan barang-barang yg dicari semuanya jumpa. Kat bilik hotel malam tu, semua bz memampatkan beg masing2 dgn hasil belian.Sok dah nak balik..Pak Pili dah pesan suh bangun awal, kul 5.30pg local time atau kul 4.30pg waktu Malaysia.
Hari terakhir.Semua awal-awal dah bangun. Kul 6 bas dah gerak menuju airport.
Flight kami jam 8 dan proses check in kami tade masalah. Dalamflight plak, heheh aku dok sebelah sorang mamat ni. aku ingatkan cina Indonesia. Sembang nyer sembang, rupanya org Korea yg dok kat Malaysia buat kajian pasal budaya, bahasa etc etc lah. So nak turun tu sempatlah kami bertukar alamat emel. Dan mmg sedang beremel pon skang ni. Meksu lak, dok sebelah sorang laki Indon ni, dan betapa keciknya dunia ni, org tu, org dr travel agent yg kawan aku ni amik utk trip derang ke Medan bulan 8 ni. kebetulan plak aku penah suh kawan aku tanya harga pakej Padang dgn dia, masa aku dok survey aritu.Tak sangka kan?
Yang pasti trip ni mmg sonok sangat (tiap kali trip ke mana2 pon aku akan kata gitu).Kawan2 aku plak, dah alang2 ada international passport, apa lagi, plan utk next trip plak!
Monday, July 28, 2008
Padang-Bukittinggi ~ Day 3 13072008
Sunday, July 27, 2008
Padang-Bukittinggi ~ Day 2 12072008


Kami seterusnya ke Ngarai Sianok. Ala-ala Grand Canyon mcm kat Amerika gitu.kat Ngarai Sianok ni jugak ada bekas kubu Jepun. yang dipanggil Lubang Jepang. Kami masuk ke dalam tu. seram pon ada sbb lubang tu mmg luas dan panjang. aku sampai pucat sbb takut dok membayangkan jahatnya Jepun seksa org Indonesia masa tuh. Tapi, betul aku ckp,mmg intelligent giler senibina Lubang Jepang ni. Bayangkan, lubang tu cuma dijumpai lepas Jepun lari tinggalkan Indonesia, pas Hiroshima kena bom atom.Selama sebelum tu, tade sape pon yg tahu kewujudan lubang tu.Kalo sape2 yg terserempak dgn lubang tu mmg tak balik umahlah jawabnye.Lubang ni zaman dulu, kat bawah rumah org je tapi takde sape pon dengar suara org kene seksa ke apa ke sbb dinding lubang tu dah dibina beralun utk menjadikan ia kedap bunyi. canggih kan? Dan jugak ada lagi beberapa misteri psl lubang tu yg sampai skang pon tak berjaya dibongkar lagi, contohnya tanah daripada penggalian lubang tu, tade sape pon tahu ke mana perginya tanah tu.

Friday, July 25, 2008
Padang-Bukittinggi ~ Day 1 11072008
sampai je kat sana, tour guide dari Raun Sumatera dah ada tunggu kat luar Arrival Hall. lega.. yo lah, risau jugak sbb semua urusan booking dibuat kut emel je.. kutlah kan.. tapi Alhamdulillah semuanya ok. So rombongan cik kiah kalini dapat sebuah minibus dgn sorang tour guide, sorang driver dan sorang pembantu. mmg selesa sgtlah transport kami tu since kami ada 7 org dok dlm minibus yg bole muat 25 org.Dari airport, kami terus menuju ke Bukittinggi sambil mendengar briefing ringkas dr Pk Phily, tour guide kami. Rupanya Padang tu airport je...destinasi sebenar kat Bukittinggi. So kami akan stay kat Bukittinggi sampai hari ke 4 dan pastu baru balik ke Padang. Kiranya malam terakhir baru balik Padang semulalah.
Dari awal lagi aku dah jatuh cinta dgn bandar Sumatera Barat ni. (again, compare dgn Bandung)Jalan kat sini lagi selesa dan lebih luas, tade lubang2 besar mcm kat Bandung. Ditambah lagi dgn pemandangan kiri kanan gunung ganang berkabus.Kat sinilah letaknya gunung Merapi, volcano yg masih lagi aktif.Sawah padi pulak seluas mata memandang. Apa yg menarik sawah derang ni, semuanya masih lagi diproses secara tradisional, menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. So kami dapat lihat org membanting padi, jemur padi dan jugak membajak guna kerbau lagi! Memang menarik. Tempar pertama kami singgah, Air Terjun Lembah Anai. Cuma singgah amik gambar je, takde agenda mandi manda dan mmg tak nampak bayang org mandi pon. Air terjun ni mmg cantik dan tinggi.. aku agak2 ada 4-5 meter kut tinggi dia.Pas snap2 gambar perjalanan diteruskan. Kami singgah kejap kat satu tempat ni, ala-ala mini RnR, Puncak Kiambang. Kat sini minum es kelapa sambil tengok pemandangan.
Cantik! Perjalanan dr Padang ke Bukittinggi mengikut kata Pak Phily cuma lebih kurang 60km sahaja, tapi disebabkan bentuk mukabumi dan jugak struktur jalan, (derang takde highway mcm kita) perjalanan tu mengambil masa dalam 2 jam, dan lebih lagi kalau singgah kat mana-mana. Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami singgah dulu di Padang Panjang. Lunch kat Restoran Pak Datuk.....dan...tu dia...semestinya makan tengahari kami ialah.. nasi padang! semua mmg selera makan sbb perut dah lapar. Pas lunch pegi plak ke kerajinan Pandai Sikek, tengok org tenun kain songket. Masa ni tade feel lg nak membeli, maklumlah baru sampai.Tengok2 ajelah.Dari Padang Panjang kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi yg sememang nya tinggi. Dalam jam 2 mcm tu kami check in di Kharisma Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Bukittinggi. Masing2 masa ni mmg dah penat habis so mmg lega sangatlah bila dah sampai hotel. So rehat sampai jam 7 kuar balik utk dinner. Malam tu masa bersiap2 utk keluar dinner, lampu kat hotel kejap nyala kejap padam. Pelik gak. Bila kami turun ke lobi rupanya mmg satu hotel dah blackout. Bila ditanya, rupanya mmg kat Bukittinggi ni mcm tu, derang ada penggiliran sape dpt elektrik since bekalan letrik dtgnya dr janakuasa kat Maninjau so nak tanak mmg sume premis gilir2 dpt letrik. Tapi sib baik restoran tpt kami dinner tu ada lampu lagi walau dah nampak derang standby lilin. dinner kami, seperti yg sudah dibilang Pak Pili, utk trip di bumi Minang ni makanan kami nasi padang terus. makanler kami nasi padang tu.aku, walaupun tak gemar sgt dan tak berapa kena ngan selera tapi layan je... ada antara kami yg tak berapa ngam sgt so makan pon gitu2 je lah.
selesai dinner kami jalan-jalan kejap dekat kawasan hotel tu memandangkan malam masih awal. Pegi kedai runcit je pon... kat situ nampak ada kedai yg meniaga dalam gelap..So bila dah settle semua, balik bilik hotel dan berehat sambil layan sinetron kat tv Indonesia yg ada byk channel tuh.
Friday, July 18, 2008
Padang-Bukittinggi
Tuesday, July 15, 2008
phewww!
oh ya masa kat sana, layan satu sinetron ni, Janji Cinta dan lagu cerita tu, Janji Suci by Yovie n Nuno sangatlah best. layannnnn.........
Yovie and the Nuno - Janji Suci
dengarkanlah wanita pujaanku
malam ini akan ku sampaikan
hasrat suci kepadamu dewiku
dengarkanlah kesungguhan ini
* aku ingin mempersuntingmu
‘tuk yang pertama dan terakhir
reff:
jangan kau tolak dan buatku hancur
ku takkan mengulang ’tuk meminta
satu keyakinan hatiku ini
akulah yang terbaik untukmu
dengarkanlah wanita impianku
malam ini akan ku sampaikan
janji suci satu untuk selamanya
dengarkanlah kesungguhan ini
repeat *
repeat reff [3x]
akulah yang […]
Monday, July 7, 2008
malas
Jadi utk meraikan sempena habisnye exam, apa lagi weekend pergi menghiburkan diri. Pagi2 lagi kemas rumah dulu yg dah berselerak dgn segala nota. yalah, aku bukannya dok sorang kan. sian kat housemate dah ler seminggu aku exam seminggu derang tak tenteram nak tgk tv. so kemas rumah dulu kasi terang sikit pemandangan. kebetulan ada colleague jemput pegi birthday party anak dia kat Kota Damansara tapi aku tak bawak kamera lah plak... seronok betul tgk budak2 yg ramai tu. masa nak pilih hadiah tu pon ngalahkan budak kecik kami dok excited tgk mainan kat toys 'r' us tu. nak wat cemane.. aku kecik dulu tade can nak main menan macam tu. sampai kat dewan tu, ingatkan kami org last sbb punyalah dok pusing2 cari dewan tak jumpa, rupa-rupanya party baru nak mula. apa lagi bolehlah kami makan dgn gembira sbb jadik org mula-mula yg rasmi makanan. org lain datang ngan anak ngan pasangan masing2, kami je anak dara yg pegi lenggang kangkung. apa lagi wat muka sadin je lah...tak salah kan...
Dah alang-alang kat Kota Damansara tu lepas birthday party lajak terus ke OU tgk movie.. tengok 'Wanted'. cite 18SG ni sebenarnya bukan taste aku tapi sbb ada James McAvoy so layan jek walaupun kebanyakan scene yg ganas tu aku asik tutup mata. Sib baik best movie nih. Twist kat akhir cite tu pon langsung takleh predict, aku la... org lain aku tak tahu lah kan. Ahad plak, urusan keluarga dari pagi sampai malam. so kiranya hujung minggu aku mmg full minggu ni. Oh ya Atiq, Kak Na dah dapat magnet fridge tu. thanks a lot! bertambah koleksi magnet fridge aku. nnt kene tulis jugak ni pasal koleksi aku nih.so sape2 yg nak gi oversea tu sila jangan segan-segan bitau saya kerana saya tanpa segan jugak nak kirim magnet fridge kat korang, okay!
Tapi lagi best minggu ni sebab keje sampai Khamis je. Jumaat harap maklum ye semua orang, aku takde kat Malaysia sampai Selasa...ngeh ngeh ngeh... cam la jauh benar nak pegi, dekat jer... cuti-cuti menenangkan fikiran orang kata.Tak sabar rasanya (",)