Friday, October 10, 2008

10 Syawal 1429

kejap je masa berjalan, dah 10 Syawal rupenye harini. saya tersangatlah malas utk update blog ini. cerita pasal raya, sudah didraf tp rasanya masih belum boleh publish (ceh! cam ler gempak sgt!) letih drive balik dr Kelantan ke KL pon rasanya masih belum hilang. saya terselamat dr terperangkap dalam kesesakan jalan raya (sape2 yg balik hari Ahad mengambil masa SEKURANG-KURANGNYA 12 jam untuk sampai ke KL, tak kira jam berapa gerak dr Kelantan) kerana saya bertolak balik ke KL pada hari isnin. tapi letih jugak sebab saya singgah di Kuantan dulu menghantar Dibah ke UIA Kuantan dan selepas sampai ke KL ke UIA Gombak utk hantar Kyah. Sangat penat kerana saya sorang yg memandu. Bukannya Kyah takde co pilot, tapi kerana laluan yg kami tidak biasa jadi saya rasa lebih baik saya yg memandu. Oh ya, laluan yg tidak biasa itu nerupakan satu hal yg besar buat kami ber 3 kerana semuanya tak tahu jalan. 3 kali jugaklah kami patah balik kerana terlepas simpang dalam perjalanan Kelantan-Trengganu-Kuantan. Maklumlah, takde highway kan.. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan tiada insiden sesat yg berlaku. Tapi sesampainya saya ke KL terus diserang virus flu dan sakit tekak serta mengantuk yg amat sgt. Rasanya baru harini ok sedikit. sangat bagus kerana kalau sihat barulah best untuk beraya style KL pulak...besokkan hari minggu jadi...open house!!! hooray!!

oh saya sungguh kesian dgn perut saya yg terpaksa bekerja keras, dengan overtime juga barangkali, sejak 1 Syawal tempohari setelah berehat selama sebulan. tapi saya juga manusia biasa yg lemah bila melihat hidangan dan juadah lazat yg disajikan tuan rumah. lagi kasihan kalo tengok makanan itu takde sape yg makan..kan..kan..? heheh

ini adalah gambar keluarga sempena raya baru ni. ada ahli terbaru, baru berusia 2 minggu masa gambar ni diambil, Marissa Aishah. Gambar kali ini kira ok sebab semua kanak2 dgn sportingnya berposing, tiada insiden pergaduhan atau merajuk atau mengamuk atau menangis walaupun pada awalnya seperti ada tanda2 Mardhiah ingin memberontak kerana takde tempat utk dia masuk dlm gambar, tapi sempat diselamatkan oleh Ayah Ngah nya. Inilah keluarga besar saya.
Selamat Hari Raya buat semua.

1 comment:

si G.E.D.I.K.S said...

KAKK
bas da terima kad raya!!

TERIME KASIH BANYAK2!!!

selamat hari raya maaf zahir dan batin!