Senyap je suasana kat opis skang ni. Lunch hour hari Jumaat.Biasalah. yg muslimin berjemaah kat masjid, yg muslimah nyer berjemaah kalau tak agenda shopping tudung atau kain atau baju kat depan Selera Duta, mesti ke mana-mana shopping spot yg kat tgh2 KL ni. Selainnya, macam aku ler, lepak opis je dok dalam gelap.Ada yg buat keje, ada bertenet dan ada jugak yg tido... Gelap sbb lampu sume dipadamkan. Time rehat panjang cam Jumaat ni lampu mmg padam. Jimatlah katakan.
Aku tetibe je terasa nak bercerita pasal nama.Nama aku.
Apa ada pada nama aku?
banyak...
Dalam 4 sukukata itu ada nama 4 org kakak aku, amik sini sikit, situ sikit so jadilah nama aku. Tu pasal ada sorang pakcik aku selalu usik aku, nama aku the one and only dalam dunia ni. heheh.. aku ingat pon macam tu. tapi bila aku google nama aku, rupanya ada jugak org yg nama sama ngan nama aku.tapi tak ramailah. sorang dua jek..
ada jugak org kata nama aku pelik. ya ke? Tak peliklah...biasa je aku rasa..Tapi nama aku mmg selalu org susah nak sebut. Aku mmg akan impress kalau org yg baru kenal aku boleh sebut nama aku dgn jelas. Cikgu sekolah rendah dulu yg mmg kenal aku pon tergagap nak baca nama aku.
orang panggil aku dgn nama Nona.se
jak bila aku tak pasti tapi aku mmg membesar dgn tahu org panggil aku dgn nama itu. Dan nama itu mmg senang org nak ingat.Yalah, sape yg boleh lupa kalo nama Nona kan?
Masuk sekolah rendah, aku sekolah kat kampung jadi biasalah kalo dah satu kampung tu, kat taski pon ko dengan org tu masuk sekolah rendah pon orang tu jugak. orang panggil aku Nona jugak. Bila kat sekolah rendah, budak-budak...nakal kan.. budak lelaki yg umur mcm ni suka sgt mengejek ..dan nama aku ni mmg selalu jadik sasaran. Korang tahu tak lagu yg senikatanya mcm ni ..."nona nona, zaman sekarang, tak boleh ditegur, tak boleh dilarang.." huh itu mmg selalu kena.pastu plak ada sabun basuh baju guna nama 'Bona'. lagu iklan tu dak laki suka nyanyi lagu tu, perkataan Bona dituka dgn Nona.aku darjah 4 masa tu.. pastu plak ada gegula Nano. kan ke nano tu kalo disebut berulang akan jadik bunyi nona jugak... benci betul aku dgn nama Nona masa tu.
sebagai budak masa tu, aku jadi tak suka org panggil aku nona
selalu kene ejek.
benci!
masuk sekolah menengah, form 1, ada jugak kwn dr sekolah rendah yg masuk sekolah menengah sama ngan aku. Tapi aku rasa selamat sikit sbb aku sekolah pompuan sume. So takde dah budak2 laki yg akan ejek aku lagi. Masa ni aku da mula dok pk nama lain aku nak suh org panggil aku. tapi aku taklah suruh lagi, cuma guna sbg nama pena.heheh...ala kita sekolah dulu kan suka tulis nama kat pensel la, pemadam la, pencil box la, nama kita, takut org amik... heheh..dr situ aku mula tulis 'Non'.dan harap sgt org boleh panggil aku dgn nama tu.
Form 4, aku tuko sekolah. Kalini masuk sekolah menengah kat KB. Dan kalini aku masuk sekolah campur balik.. ada budak lelaki... tingat balik zaman sekolah rendah dak laki suka ejek aku.. huhu aku malu... so awal-awal lagi aku suh sume org panggil aku 'Non'. Semua org kat umah confuse je bila ada org call umah nak ckp dgn 'Non'. lagi kena gelak ada. aku wat bodoh je.walaupon cousin aku pon ada kat sekolah tu. wat2 tak reti dan tak paham. aku masa tu pk, lantaklah.. aku tanak lagi org ejek2 aku.. heheh.. dan nama tu kekal sampai aku masuk universiti.
bila dah keje, ada duduk serumah dgn makcik aku, yg jugak keje kat tempat sama dgn aku.makcik aku ni muda lg tau..title dlm family je makcik tp umur dia br 32 thn. tapi cawangan lainlah kan. so sbg sedara, makcik aku kenalkan kat sume org nama aku 'Nona' kat kawan2 dia dan aku bitau kat sume org panggil aku 'Non' kat department aku. heheh.. tapi kalo dah dok dlm satu organisasi tu nnt org akan tahu jugak kan...
yg buat aku terfikir nak tulis entry ni sbb sakng ni org kat department aku ni dah mula tahu org panggil aku nona..kawan2 rapat mmg dah lama tahu.. org2 lain ni yg baru tahu. dan banyak kali jugak org tak jumpa nama aku bila nak emel... sbb ingat kan panggil Non kutla nama zainun ke kan.. bila tahu nama penuh aku biasa org kata.. 'la...nama cantik2 apsal panggil Non?'
.........ek?
Housemate aku cakap, bunyi cam manja je bila panggil 'Nona'.(kekekek...) Jiran2 aku kat umah bujang aku kat KL ni plak, dlm kami ber 3, nama aku je yg derang ingat.
Yang akhirnya membuatkan, aku rasa....rupanya istimewa jugak bila dipanggil Nona ni... heheh.. it wasn't bad at all... dan dah takde org nak ejek aku lagi dgn nama tu... hehe...senang nak ingat plak tu...
uh...adik2 aku kalo baca ni derang mesti gelak sbb apa yg aku tulis ni aku tak penah cite kat sesiapa pon.. hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
OMG! i dont know ur name is a combination of kak long, kak nik, kak chik and jaja. lepah tu bilo tgk balik baru perase. So the Za is for Zaleha lah ek.. kekekek..
i still prefer Nona. Oh Nona ku.. Azizah..
itulah dia nama saya. dan mmg the Za is for Zaleha.. hehe.. btw, nama tu Kak Long yg bagi. takleh imagine cemane dia (masa tu umo 10 thn) bole terfikir nama tu
Post a Comment