Friday, May 23, 2008

Finally

Aku selalu dok fikir, aku dah sampai ke pulau yg org lain susah nak sampai (paling jauh aku sampai ke pulau Jeju, Sentosa dan jugak Mabul,Redang,Kapas,Pangkor) tapi Langkawi ntah bila aku nak sampai. Walau dah ronda satu Malaysia, pulau yg satu ni tak jugak berjaya aku jejak. So, bila Adik dapat Kolej Matrikulasi Perlis, aku cepat-cepat buat plan utk pegi jugak ke Langkawi. Dan akhirnya... i made it! heheh.. At first, macam-macam plan aku buat. konon nak island hoppinglah.. bagi makan helanglah.. tapi lepas diskas nyer diskas, my sis kata 1 malam je dok kat pulau.. huhu hancur harapan. tapi takpe lah.. asal jejak kaki pon dah kira ok. so aku bitau Adik, kali ni kira cam lawatan tapak je..nanti dia habih matrik, insyaAllah aku plan bebetul dok lama sket. Perjalanan ke sana yg pada awalnya lancar je. sampaile masa nak amik exit yg betul untuk ke Langkawi tuh dari highway.. heheh..masa ni mmg agak kelam kabut gara-gara aku yang kononnya tahu jalan.. seb baik Abg Ajit cool je.. tak marah.. tapi aku tatauler kat bini dia kut dia marah aku! kuikuikui! so dipendekkan cerita kami berjaya jugak naik feri jam 4.30 dr jeti Kuala Perlis.ahli rombongan berenam org tu plak semuanya first timer ke Langkawi so masing-masing tak reti-mana nak letak kete kat Kuala Perlis, mana nak sewa kete, favourite spot kat Langkawi tuh.. main taram jek. tapi yg sebenarnya tak susah pon. tak payah cari cuma sediakan duit banyak2 sbb bila sampai ke jeti tu berduyun org akan offer semua perkhidmatan tuh. di Langkawi aku mmg dah book awal2 hotel Citiin kat pekan Kuah. dp rate murah gile, RM48/night. so amik 3 bilik utk 6 org. condition bilik? uh itu jgn ditanya. tgk harga agak2 ler bilik cemane. sape yg budget boleh sgt dok kat hotel ni. bolehla utk berehat nak lelapkan mata. ada tv,air-cond ngan water heater tu kira ok lah tu.. so besoknye, aku awal2 lagi dah bangun sbb plannye nak naik cable car. tapi hari tu nasib kitorang tak baik, pepagi hari tu hujan ribut kemain kuat lagi kat Langkawi. cuaca tak elok macam ni nampak gayanya mmg takde harapanla cable car tu nak gerak haritu.. frust tol aku.. so memandangkan cuaca yg mcm tu kami bergerak ke Pantai Cenang dan masuk pulak ke Underwater World Langkawi. RM28 per entry. tapi Aquaria lagi best. cuma kat Langkai ni yg bestnye ada penguin.comelllll sgt penguin tu.geram aku nengok. memandangkan Adik akan register besoknya so my sis dah decide nak balik semula ke Kuala Perlis ptg tu sbb takmau terkejar-kejar besok. so keluar je dr Underwater World kami balik semula ke hotel utk checkout dan proceed ke pekan Kuah utk shopping. tak byk pon aku beli, cuma bekalan coklat yg aku rasa lebih byk aku beli dlm masa sethn heheh..alang2 dah sampai Langkawi kan.. Mama aku cam biasa.. kata je tanak shopping tp kalo da masuk kedai jgn cakap ler.. hehe

so ituler cite kat Langkawi..kejap sgt kitorang pegi. kedai Idaman Suri pon tak sempat nak carik heheh.. tp ok la aku bole kata aku jejak le kat Langkawi tuh kalo org tanya. tapi beg kitorang masa nak naik feri tuh dah beranak pinak..penuh Unser tu sampaikan nak tutup pintu pon jenuh kitorang buat.

sampai je di Kuala Perlis kami check in di Hotel Putra Brasmana, betul2 depan jeti tu. nasib baik ada lagi bilik sbb kitorang walk-in je.hotel ni dekat dgn jeti dan jugak betul2 depan tu ada tempat makan besarlah jugak.malam tu dinner kat situ makan seafood. order ikan jenahak bakar. mmg sedap sangat.

dan besoknye pagi tu sampailer masa anta Adik pegi register..org ke 9 dalam keluarga akhirnya dah meninggalkan umah.. so lepas settle semua registration, amik kunci sempatla beramai-ramai tengok bilik dia.. tolong yg mana patut.oh ya.. minah ni belum pape dah patahkan kunci bilik dia sekaligus dah rosakkan tombol pintu dorm dia duduk tu.. isk ape la.. 2 3 hari pastu dia sms bitau da dapat kunci baru. seb baik...

2 comments:

w 8 z said...

kakak~
hehe, awok tag la sayo ikuk blog nih. hehe...
weh, tahun depey nok ikuk jugok awok gi langkawi daa

nona said...

kalu plan ok bleyla...this time kalu gi lagi gi dale 3 4 hari buleh la beli corelle tok keno tax! wakaka!!