
Sunday, April 20, 2008
Bandung ~ 2nd - 5th April ~ Day 2
hari kedua, pagi2 lepas breakfast kitorang gerak dulu ke Golden Money Changer since cik kiah2 semua dah kehabisan rupiah setelah dihabiskan di Pasar Baru semalam. kalo kat Malaysia simple je cara nak tuko duit. kat sini lain pulak kekdahnyer... memola kene pegi kaunter, bagi nama etc then jumlah dan duit yg nak ditukar. duduk kejap sampai ler nama kite dipanggil. rate kat sini lagi murah compare ngan tuko kat KL tempohari. settle tuko duit, kitorang gerak ke Ciwidey. Ciwidey ni tanah tinggi. destinasi kitorang nak pegi ialah Kawah Putih. tempat ni penah jadi filming location filem 'My Heart'. 
mengikut kata Pak Toha, perjalanan utk ke Ciwidey ni lebih kurang sejam setengah. yg best dalam perjalanan ni tengok pemandangan dia. lalu sawah yg masih lagi diudahakan secara tradisional. kalo kat Malaysia semua kerja sawah dibuat dgn mesin. tapi kat sini semuanya masih menggunakan tenaga manusia. aku rasa dah lama giler aku tak tengok orang jemur padi. masa kecik2 dulu ada la.. ni kat mana jumpa sawah ada la nampak org jemur padi di tepi jalan.jalan untuk ke Ciwidey ni jugak boleh kata teruk.. dgn lubang sana sini.tapi penat tu semua rasa hilang bila kitorang sampai ke Kawah Putih. tempat ni panggil kawah putih kerana ada satu tasik yang airnya berwarna putih di sini. tade sape pon yg nak mandi kat tasik tu sbb airnya air sulfur. sebab letaknya kat atas bukit, so mmg sejuk kat atas ni. org2 tempatan yg pergi ke sini mmg pakai baju sejuk tapi sbb kitorang nak cantik dalam gambar so sejuk2 tu pon kitorang tahan je.. hehe.. tape.. janji gambar cun. dari Kawah Putih kami turun balik dan singgah di kebun strawberry untuk petik buah strawberry. mcm kat Cameron kan? tapi tak sama.. kat sini semuanya masih lagi diusahakan secara tradisional dan jugak kebun dia letaknya di lereng2 bukit dengan pemandangan yang sungguh indah dan sukar nak diungkapkan dengan kata2. memang cantik! dengan bukit bukau menghijau saujana mata memandang. aku bole duduk berjam2 kalo tempat mcm ni. 
sudahnya kak nani je yg sibuk dok petik strawberry aku lak dok snap gambar sana sini sambil tangan laju jek petik strawberry masuk ke mulut sendiri! wakakaka!! harga strawberry kat sini Rp30 000/kg. lebih kurang RM10.50. murah kan.. kitorang sempat beli dodol strawberry, jam, pastu kuih aku tak sure apa nama dia tapi sedapla.. dan jugak jus strawberry. best sangat jus tu sbb mmg pure rasa dia. so, bila dah puas beli belah, snap gambar, solat semua so kitorang gerak semula untuk balik ke Bandung. tengok jam dah pukul 3 lebih..patutla lapar giler.. so dalam perjalanan balik, ditambah lagi dgn jalan bengkang bengkok semua org mmg letih dan aku rasa masa tu kut yg bebetul semua org senyap sbb tertidur. kalo tak, bingit semacam je dalam avanza tuh. sampai je di Bandung kitorang dibawa ke restoran makanan Sunda, Restoran Dapur Sangkuriang. memang sedap dan lazat makanan kat sini. ditambah plak dgn keadaan kami semua yg kebulur. mmg semua makanan disapu bersih. kat sini kitorang order ayam bakar, tempe penyet, sup ikan gurame (specialty kat sini), kangkung goreng dan jugak pisang bakar keju coklat. untuk air aku tak ingat org lain order apa tp aku ngan kak nani order jus alpukat yg sgt pure rasanya.mmg marvellous! next destination, Rumah Mode. aku selalu terbaca, mmg kat sini sape2 yg gi Bandung mmg akan ke sini. cantik tempat dia. aku beli baju untuk anak2 buah aku kat sini. ikutkan hati cam tanak beli jek sbb agak mahal kalo nak compare dgn tpt lain tp aku beli jugak sbb takut da tak jumpa baju budak pasni. so beli babyt nike utk the girls, dan t-shirt utk the boys. pastu sambung lagi pergi FO Natural dan Donatello. dr Donatello ingatkan dah nak balik ke hotel..rupanya Pak Toha bawak kitorang pegi ke Cihampelas. waduh waduhhhh!! capek banget pak! nggak mau shopping deh! mau istirehat, balik ke kamar mau tidur! tapi layannnn jek.. sampai di Cihampelas tak jumpa avanza satu lagi. pusing punya pusing, rupenye derang dah balik hotel! sume sudah capek nak tido jek.. so kitorang cancel singgah ke Cihampelas, terus balik ke hotel. konon nak carik bakso, tapi dah jam 9, sume kedai sudah tutup.. so balik tido ler nampaknye..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uwaaa kak non~
bas nk pegi bandung kot hujung thn ni..
nnti boleh la mintak tlg kak non kasi contact number hotel tu and mane2 tips bergune..
basz nk p shopping saneee :P
nk g ngan cik abg ngan adik2..
hehehe..
boleh ye kak non
bisa aja basz!
Post a Comment