sebenarnya harini ada wat majlis perpisahan sempena persaraan CC kat pejabat aku ni. majlis ni buat kat Restoran Puteri. ala.. tempat erra fazira kawen tu.. event opis aku selalu gak wat kat situ sbb dekat ngan opis dan jugak makanan dia yg sedap.makanan melayu la..selera kampung org KL kata. dan mmg aku melantak sakan.mahal tu bayar tu..
apa yg aku nak cite, orang yg diraikan, merangkap CC aku ni, aku takde la kenal sgt pon. dan aku jugak tak sure dia kenal ke tidak aku ni.. orang tua..kadang-kadang kalo selisih dgn dia aku ada gak senyum tp rasanya dia tak tengok pon aku. dan jugak aku mmg jarang berurusan dgn dia. walaupon dah setahun lebih aku permanent kat sini campur lg dengan kontrak sebelum ni, aku mmg jarang berurusan dgn dia. kalo masa kontrak lagi la langsung tadak benda penah refer kat CC ni. so tadi bila mc baca biodata CC td, antara yg diberitahu, CC ni org Taiping..ada 5 anak, 4 pompuan, 1 lelaki. yg lelaki ni dah meninggal, kemalangan jalan raya... oh... aku kata dlm hati.. aku tak tahu pon.. dia da pencen baru aku tahu.tu pon sbb aku pegi kat majlis tu. kalo tak pegi, langsung tak tahu..padehal org tu bukannya jauh pon tpt dia.cemane tuh? aku fikir jugak.. tapi kan.. yalah, kita kawan pon ramai..kawan rapat..kawan yg tak berapa rapat..kawan suam-suam kuku..aku rasa CC ni jatuh kat level org yg aku kenal kat opis..kut! ahaks! cam kejam je bunyinye.eh aku kawan per ngan org admin! mungkin sbb dia berada pada level umur yg tak sama ngan aku, kene pulak dgn perangai pendiam dia tuh.hmm...
dan jugak, masa nak tahu sape nak join utk majlis ni, aku dok fikir nak pegi tanak pegi, then housemate aku bitau aku, baik pegi..nnt kita tak pegi majlis org..karang kita pencen org tak pegi majlis kiter, cemane? kene ingat tu.. masa kita pon akan sampai nanti..
apa aku da melalut da... aku tetibe rasa nak tulis ni, sbb mcm aku kata td, byk rupanya yg aku tak tahu pasal org sekeliling aku.so tadi, masa dia datang kat meja aku, sempat aku senyum kat dia dan kalini, dia pandang aku balik, dan membalas senyuman aku tu....
Harini jugak kawan-kawan aku yg dapat permanent awal bulan haritu da dapat memo utk kursus induksi. sape-sape yg penah pegi induksi ni tahu ler mcm mana rasanya.. heheh.. kalo org yg tak tahu.. induksi ni nnt macam-macam aktiviti kene buat..masuk hutn, ada main lasak sket, ceramah bagai, pasal peraturan, itu ini serba serbi mengenai organisasi.. pastu nnt,minggu terakhir kursus biasanya kene handle aktiviti macam tahlil dan sembahyang hajat, sukaneka, forum, dan jugak selalunya utk penutup, malam bakat.keh keh keh!! kawan-kawan aku dah cuak..kutler kene naik stage ckp depan sume org ke.. apa kene buat.. macam-macam! yg paling aku nak gelak bila kawan-kawan aku ni dok bagi nasihat mcm2 kat kengkawan yg nak gi.. kalo ikut nasihat org yg aktif, nasihatnye berbunyi, 'nanti korang kat sana takleh sombong-sombong, masuk ajk yg blablabla...' kalo ikut nasihat org yg tak aktif, low profile dan tak bersosial (aku masuk dlm golongan ni ok!) nasihatnya akan berbunyi 'ala korang takyah nak aktif sgt! nnt kalo aktif ramai org kenal pastu korang susah nak hilang!' hehehe.. so kawan-kawan, apa au nak kata, all the best, dan yg paling penting, have fun! walaupun 3 minggu pertama tu sangat tension, asyik nak memberontak je kekeke! sekali sekala, apa salahnya!