Wednesday, May 28, 2008

makan-makan

sebenarnya harini ada wat majlis perpisahan sempena persaraan CC kat pejabat aku ni. majlis ni buat kat Restoran Puteri. ala.. tempat erra fazira kawen tu.. event opis aku selalu gak wat kat situ sbb dekat ngan opis dan jugak makanan dia yg sedap.makanan melayu la..selera kampung org KL kata. dan mmg aku melantak sakan.mahal tu bayar tu..
apa yg aku nak cite, orang yg diraikan, merangkap CC aku ni, aku takde la kenal sgt pon. dan aku jugak tak sure dia kenal ke tidak aku ni.. orang tua..kadang-kadang kalo selisih dgn dia aku ada gak senyum tp rasanya dia tak tengok pon aku. dan jugak aku mmg jarang berurusan dgn dia. walaupon dah setahun lebih aku permanent kat sini campur lg dengan kontrak sebelum ni, aku mmg jarang berurusan dgn dia. kalo masa kontrak lagi la langsung tadak benda penah refer kat CC ni. so tadi bila mc baca biodata CC td, antara yg diberitahu, CC ni org Taiping..ada 5 anak, 4 pompuan, 1 lelaki. yg lelaki ni dah meninggal, kemalangan jalan raya... oh... aku kata dlm hati.. aku tak tahu pon.. dia da pencen baru aku tahu.tu pon sbb aku pegi kat majlis tu. kalo tak pegi, langsung tak tahu..padehal org tu bukannya jauh pon tpt dia.cemane tuh? aku fikir jugak.. tapi kan.. yalah, kita kawan pon ramai..kawan rapat..kawan yg tak berapa rapat..kawan suam-suam kuku..aku rasa CC ni jatuh kat level org yg aku kenal kat opis..kut! ahaks! cam kejam je bunyinye.eh aku kawan per ngan org admin! mungkin sbb dia berada pada level umur yg tak sama ngan aku, kene pulak dgn perangai pendiam dia tuh.hmm...
dan jugak, masa nak tahu sape nak join utk majlis ni, aku dok fikir nak pegi tanak pegi, then housemate aku bitau aku, baik pegi..nnt kita tak pegi majlis org..karang kita pencen org tak pegi majlis kiter, cemane? kene ingat tu.. masa kita pon akan sampai nanti..
apa aku da melalut da... aku tetibe rasa nak tulis ni, sbb mcm aku kata td, byk rupanya yg aku tak tahu pasal org sekeliling aku.so tadi, masa dia datang kat meja aku, sempat aku senyum kat dia dan kalini, dia pandang aku balik, dan membalas senyuman aku tu....

Harini jugak kawan-kawan aku yg dapat permanent awal bulan haritu da dapat memo utk kursus induksi. sape-sape yg penah pegi induksi ni tahu ler mcm mana rasanya.. heheh.. kalo org yg tak tahu.. induksi ni nnt macam-macam aktiviti kene buat..masuk hutn, ada main lasak sket, ceramah bagai, pasal peraturan, itu ini serba serbi mengenai organisasi.. pastu nnt,minggu terakhir kursus biasanya kene handle aktiviti macam tahlil dan sembahyang hajat, sukaneka, forum, dan jugak selalunya utk penutup, malam bakat.keh keh keh!! kawan-kawan aku dah cuak..kutler kene naik stage ckp depan sume org ke.. apa kene buat.. macam-macam! yg paling aku nak gelak bila kawan-kawan aku ni dok bagi nasihat mcm2 kat kengkawan yg nak gi.. kalo ikut nasihat org yg aktif, nasihatnye berbunyi, 'nanti korang kat sana takleh sombong-sombong, masuk ajk yg blablabla...' kalo ikut nasihat org yg tak aktif, low profile dan tak bersosial (aku masuk dlm golongan ni ok!) nasihatnya akan berbunyi 'ala korang takyah nak aktif sgt! nnt kalo aktif ramai org kenal pastu korang susah nak hilang!' hehehe.. so kawan-kawan, apa au nak kata, all the best, dan yg paling penting, have fun! walaupun 3 minggu pertama tu sangat tension, asyik nak memberontak je kekeke! sekali sekala, apa salahnya!

Friday, May 23, 2008

Finally

Aku selalu dok fikir, aku dah sampai ke pulau yg org lain susah nak sampai (paling jauh aku sampai ke pulau Jeju, Sentosa dan jugak Mabul,Redang,Kapas,Pangkor) tapi Langkawi ntah bila aku nak sampai. Walau dah ronda satu Malaysia, pulau yg satu ni tak jugak berjaya aku jejak. So, bila Adik dapat Kolej Matrikulasi Perlis, aku cepat-cepat buat plan utk pegi jugak ke Langkawi. Dan akhirnya... i made it! heheh.. At first, macam-macam plan aku buat. konon nak island hoppinglah.. bagi makan helanglah.. tapi lepas diskas nyer diskas, my sis kata 1 malam je dok kat pulau.. huhu hancur harapan. tapi takpe lah.. asal jejak kaki pon dah kira ok. so aku bitau Adik, kali ni kira cam lawatan tapak je..nanti dia habih matrik, insyaAllah aku plan bebetul dok lama sket. Perjalanan ke sana yg pada awalnya lancar je. sampaile masa nak amik exit yg betul untuk ke Langkawi tuh dari highway.. heheh..masa ni mmg agak kelam kabut gara-gara aku yang kononnya tahu jalan.. seb baik Abg Ajit cool je.. tak marah.. tapi aku tatauler kat bini dia kut dia marah aku! kuikuikui! so dipendekkan cerita kami berjaya jugak naik feri jam 4.30 dr jeti Kuala Perlis.ahli rombongan berenam org tu plak semuanya first timer ke Langkawi so masing-masing tak reti-mana nak letak kete kat Kuala Perlis, mana nak sewa kete, favourite spot kat Langkawi tuh.. main taram jek. tapi yg sebenarnya tak susah pon. tak payah cari cuma sediakan duit banyak2 sbb bila sampai ke jeti tu berduyun org akan offer semua perkhidmatan tuh. di Langkawi aku mmg dah book awal2 hotel Citiin kat pekan Kuah. dp rate murah gile, RM48/night. so amik 3 bilik utk 6 org. condition bilik? uh itu jgn ditanya. tgk harga agak2 ler bilik cemane. sape yg budget boleh sgt dok kat hotel ni. bolehla utk berehat nak lelapkan mata. ada tv,air-cond ngan water heater tu kira ok lah tu.. so besoknye, aku awal2 lagi dah bangun sbb plannye nak naik cable car. tapi hari tu nasib kitorang tak baik, pepagi hari tu hujan ribut kemain kuat lagi kat Langkawi. cuaca tak elok macam ni nampak gayanya mmg takde harapanla cable car tu nak gerak haritu.. frust tol aku.. so memandangkan cuaca yg mcm tu kami bergerak ke Pantai Cenang dan masuk pulak ke Underwater World Langkawi. RM28 per entry. tapi Aquaria lagi best. cuma kat Langkai ni yg bestnye ada penguin.comelllll sgt penguin tu.geram aku nengok. memandangkan Adik akan register besoknya so my sis dah decide nak balik semula ke Kuala Perlis ptg tu sbb takmau terkejar-kejar besok. so keluar je dr Underwater World kami balik semula ke hotel utk checkout dan proceed ke pekan Kuah utk shopping. tak byk pon aku beli, cuma bekalan coklat yg aku rasa lebih byk aku beli dlm masa sethn heheh..alang2 dah sampai Langkawi kan.. Mama aku cam biasa.. kata je tanak shopping tp kalo da masuk kedai jgn cakap ler.. hehe

so ituler cite kat Langkawi..kejap sgt kitorang pegi. kedai Idaman Suri pon tak sempat nak carik heheh.. tp ok la aku bole kata aku jejak le kat Langkawi tuh kalo org tanya. tapi beg kitorang masa nak naik feri tuh dah beranak pinak..penuh Unser tu sampaikan nak tutup pintu pon jenuh kitorang buat.

sampai je di Kuala Perlis kami check in di Hotel Putra Brasmana, betul2 depan jeti tu. nasib baik ada lagi bilik sbb kitorang walk-in je.hotel ni dekat dgn jeti dan jugak betul2 depan tu ada tempat makan besarlah jugak.malam tu dinner kat situ makan seafood. order ikan jenahak bakar. mmg sedap sangat.

dan besoknye pagi tu sampailer masa anta Adik pegi register..org ke 9 dalam keluarga akhirnya dah meninggalkan umah.. so lepas settle semua registration, amik kunci sempatla beramai-ramai tengok bilik dia.. tolong yg mana patut.oh ya.. minah ni belum pape dah patahkan kunci bilik dia sekaligus dah rosakkan tombol pintu dorm dia duduk tu.. isk ape la.. 2 3 hari pastu dia sms bitau da dapat kunci baru. seb baik...

Tuesday, May 20, 2008

Cuti Wesak

Syok je bulan 5 ni ada 2 hari cuti umum jatuh pada hari Isnin. panjang je cuti hujung minggu. cuti hari buruh aku balik kampung. keje 4 hari, sabtu pegi Langkawi, Isnin kat Perlis anta Adik register kat Kolej Matrikulasi Arau. pastu balik KL malam tu Selasa aku kursus seminggu sampai Jumaat.Sabtu plak pegi Cherating untuk family day opis. huh? non stop! patutler aku rasa cam penat sangat.. tinggal ke Selatan je aku tak gi..da cover Pantai Timur dgn Utara tuh.. kalo buat list, dr 1 Mei sampai 19 Mei aku kat Kelantan, pastu dlm perjalanan ke Utara tuh lalu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan mesti ler Perlis. Pastu ke Pahang dan sampai gak walau tak jejak kaki pon ke Kemaman. tu dah masuk Trengganu tuh. hajat nak pegi kopitiam Hai Peng tp kedai tutup ar malam.tu psl ler aku ronda kat dlm kete je kat Kemaman. tak kuar kete pon. jadikler....

aku rindu sgt nak tido lelama golek-golek puas-puas kat katil aku.lambatnya weekend lagi.. tapi lepas ni kene plan bebetul utk study. takmo reseat banyak kali exam. sekali cukuplah....seksanya aku yg tak berapa rajin ni nak study lagi.

harap-harap semuanya ok lah..
harap-harap sekali reseat je
harap-harap kali ni aku cukup bersedia utk exam tu

dan paling penting plan besar lepas habis exam tu... heheh.. tu yg paling aku tunggu sebenarnye.. heheh..

plan apa?

ada lah!

Friday, May 16, 2008

3 lepas, 4 sangkut

Aku rasa, lepas SPM, inilah saat paling berdebar aku nak tunggu result exam. Dan... harini semua persoalan terjawab.. Keputusannya, 3 paper lulus, 4 paper sangkut. Lulus utk paper Percukaian 1 dan 2 dan jugak paper ICT. 4 paper kene reseat - Pentadbiran, Kewangan, Undang-undang dan Percukaian 3. Frust? tak jugak.. tapi adalah rasa ralat sikit utk paper cukai 3 tuh.. sikit lagi nak lulus.. tu pon aku hanya study malam nak exam, malam tu tido 2 jam jek. tapi sekurang-kurangnya jangkaan aku tak lari. mmg dah jangka pon dapat result macam ni. sebab semua paper yg fail tu mmg aku langsung tak study. tapi kalo paper cukai 1 ngan 2 tu y fail, maunye aku meraung..huhu.. seksa wehhh nak study lagi nih.. dah ler bukan bidang aku. pape pon, harapnya sekali je reseat.. takmo kene repeat banyak kali...

Friday, May 9, 2008

Basz tag aku

layan....

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Takde yg menarik pon psl aku nih.. tapi aku tulis jek

Tentang aku yg korang perlu tahu .:::.

1. My family is my everything
2. Susah nak bangun pagi
3. Muka tak mesra alam tapi hati baik.. heheh..
4. Suka blog hopping tapi tak suke nak tinggal message, cuma blog tertentu dan org tertentu je. Ataupon lebih selesa tinggal komen sbg 'Anonymous'.
5. Teramat suka makan dessert dan yang sewaktu dengannya
6. Senang naik angin tapi senang sejuk balik tapi susah nak lupa. cemane tuh?
7. Suka jalan-jalan.. hehe.. ni aku rasa sume org yg dekat ngan aku pon tahu. tak kira ke mana. mmg jenis tak lekat umah.. heheh..

so, aku nak tag sape ek.. since tak ramai pon kawan aku yg suka blog nih so aku tag je org kat dlm link aku tuh..

1. KD
2. Nani
3. Ajah
4. Atiq
5. Adik
6. Dibah

Tuesday, May 6, 2008

balik kampung

best giler. rasa cam refresh balik je. cuti 1 Mei, aku amik cuti Jumaat tu balik kampung..sonoknyerrrrr.. tengok Tok Ayah dan Pak Su pon da makin sihat...Alhamdulillah... mcm biasa kalo dah balik tu, agenda makan2 sentiasa ON dan aku mmg tak sempat perut kosong pon kalo da dok kampung tuh.gambar mcmbiase tak sempat amik sbb semuanya selamat di ngap sebelum kamera berjaya dijumpai.oh ya.. balik tempohari, Jumaat tu, cam biasa aku kalo kat kampung aku mmg malas nak wat pape. dok lepak2 depan tv, nak mandi pon malasssss... selalunya Jumaat ada pasar minggu..konon nak pegi tp sekali tgk kete mama ngan wae guna so aku malas nak gi...sekali, wae kata kt aku...kalo kakak aku balik mesti dia pi ronda bawak adik2 pi pasar tuh..tgk2 adik2 aku da siap2 nak pegi so aku ape lagi terus besiap...nak ikut jugak..
sampai kat pasar, jalan2 jap, cam bese agenda wajib di pasar minggu wakaf bharu, beli coconut shake sorang satu..pastu beli tu beli ni (sume makanan)..sekali aku dgr ada org wat announcement ada kempen derma darah..maka aku dgn semangat ingin berbakti kepada agama bangsa dan negaranya pegilah mencarik2 kat mana derang buat kempen tu.. dengan beranggapan 'mesti tak ramai org pegi nih..' ropenye bawah khemah dekat surau kat tgh2 pasar tu jek..dan ramai plak orang kat situ..huhu sungguh aku mengunderestimate org kampung aku neh... panas giler time tuh..so aku dgn sukarelanya pegi la wat test tu test ni, sekali takleh derma lagi sbb mesin yg nurse nak cek hemoglobin tetibe jek error.. kalo Hb rendah takleh deram..so nak tanak kene tunggu gak..masa tu dah kul 12.30.. bole bayangkan tak betapa panasnya cuaca masa tuh.. ikutkan hati dah nak blah tapi nurse tu kata da on the way dah mesin tu so aku tunggu la... so bila sampai je mesin tu, sib baik Hb aku 13.0 masa tu..so lulus, bole derma. tak sesia aku tunggu lama2 tgh panas terik tuh.selesai jek aku menderma darah, aku da kalut nak balik sbb da jam 1.mama lak dok sorang2 kat umah.aku sibuk bitau nurse aku nak balik..tp nurse suh baring..tak lama pastu aku bangun.
nurse : ok ke?
aku : ok!
nurse : tak pening?
aku : tak!
nurse : ok beres bole bangun.nanti minum air banyak2 ok!
so aku dgn penuh bergaya macho gitu jalan lenggang lenggok pegi dekat adik aku. baru 2 3 langkah jalan, sampai dekat adik aku tetibe jek terasa pandangan aku gelap dan.... aku pitam... nak bangun tapi tak boleh siap terantuk 2 kali kat tiang surau tuh.di tambah lagi dgn soundtrack dr si Kyah (suara dia tu paham jekla). dan nurse pon jugak berlari2 (aku rasala sbb dgr cam gitu jek) bagi bantal suh aku baring dgn angkat kaki sikit. katanya sbb darah tak naik(ke dah naik?) kat kepala.. huhu.. terbuat drama swasta plak tengah2 panas tuh... last time derma darah tade plak mcm ni, siap bole lompat2 lagi....sampai umah... mama dah siap masak beriani udang sorang2. so sepetang tu keje aku tido jek..tak wat keje pape pon..hahaha!

first time derma darah dulu.. 4 tahun lepas. masa tuh aku dah habis ngajar kat Amal, baru pas jadik cikgu ganti kat sekolah mkcik aku.masa tu pegi KB sbb nak dptkan no KWSP sbb nak masukkan gaji masa jadi cikgu ganti tuh.so kepala aku masa tu mmg tak pk pape. kosong je. br nak merancang apa nak dibuat pasni.. tanam anggur lagila... pas amik no KWSP tuh, dah aku jalan sorang2 masa tu. aku lalu kat depan A&W kat tgh2 bandar dekat stesen bas KB, aku nampak ada khemah org wat derma darah ropenye.mmg aku da lama tingin nak derma.so tu la first time aku. balik umah, panas2 dan penat tuh, adik aku panggil mak aku sbb mak aku dah pesan kalo aku balik bitau dia. bila mak aku turun... mak aku bitau ada surat.. tengok2.. surat tawaran.. offer letter keje kat tempat aku keje skang nih.. kontrak masa tuh.. hoho aku lompat atas bawah tak ingat dunia sat masa tuh

tu ler kesahnye.. Jumaat tempohari kali ke 2 aku derma darah..heheh kali ke 3 dan seterusnya tak tahula bila...kuikuikui kalo pitam lg mau serik aku pasni dah... sebut pasal aku memola masuk keje kat tpt aku keje skang ni, ada cite lain tapi nnt len hari plak aku tulis. utk kali ni sampai sini jek. panjang2 pon nanti malas pulak nak baca.kira bersambung lah ni yer...

Saturday, April 26, 2008

Parti Liar Mandi Buih

wah cam gempak je ek tgk tajuk.. mmg gempak pon.. bagi kitorangla.. org lain biase2 jek kut. sebenarnya.. sempena geng2 aku ni yg akan ke cawangan 1 Mei ni, so, geng2 aku ni yg bujang plan 1 hari untuk bersukaria..so Khamis lepas kitorang ber 8 siap amik cuti lagi. tentatifnya : 1. Paintball. 2)Karaoke. 3)tgk movie. 4)makan besar. 5)bowling. dan keputusannya, semua target berjaya dicapai dgn jayanya. eheheh.. tgk susunan tu cam semput jek kan... tp kami semua berjaya menghabiskan semua acara dr kul 9 pagi sampai 11 malam yg dah diatur oleh Miss Dianna kiter..haha!


kesahnye, pepagi tu kitorang - aku, Su, Tina, Yanna, Kak As, Hani, Ita n Roro berkumpul kat umah meksu. dah sampai semua so kitorang bergerak ke Dusun Ali King kat Gombak. belakang pagar UIA jek rupanya tempat ni. memola tgk dr jauh seram gak.. yolah.. betul dalam hutan tempat ni..sbbnye kitorang kene park kete tepi jalan kemudian kene jalan dlm 300 meter (signboard kata) ke dalam. then..sampai ler kitorang ke Dusun Ali King tpt main paintaball ni. wah tengok suasana..dalam dusun.. mmg syok je dok dlm tu..dgn dgr bunyi air mengalirnye..bunyi hutan..tadak bunyi kereta ke apa yg bukan natural langsung..best.. cuma tak bestnye sbb byk nyamuk. langit pon time tu gelap je mcm nak hujan. so sesampai je kitorang kat situ makcik (aku lopa nama dia sbb Yana yg deal ngan dia) dah sedia sambut kitorang. dia terkejut je sbb kata dia, ni first time yg dtg main all girls. selalunya kalo tak lelaki, mesti mix lelaki pompuan..hehe.. da la sume pompuan, first timer plak tuh. then dtg husband makcik ni, kitorang pangge dan dia pon mmg bahasakan dia pakcik..hehe..ni pon aku tatau nama dia sbb dia tak perkenalkan diri.. ke aku tak pasan aku pon tak tau.. dah sampai tu, kenal2 ngan pakcik makcik, then apa lagi, kitorang bukak bekal dan masing melantak.da habis makan, dan2 tu jugak hujan turun..so takle main sbb pakcik tu kata kalo main dlm hujan senapang tu boleh jam. so mau tak mau terpaksalah kami tunggu sampai hujan reda. plan asalnya nak main sampai kul 11.ni, kul 11.30 baru mula main...pas pakcik breafing cemane nak main..masing2 dah kecut perut.. cemane nak men nih..kitorang bagi 2 team, team kuning - Hani (kapten), Su, Roro ngan Ita. Kumpulan Hijau lak Kak As sbg kapten dan soldadunye plak aku, Tina ngan Yanna. mmg huru hara habis bila 8 org cik kiah yg berperang. first game, masing2 tergamam taktau nak buat apa..nak tembak pon takut dan aku jugak awal2 lagi dah kene tembak ngan Roro..sakit wooo.. sampai harini lebam tak hilang.bila masuk second game, ok sket..serangan mmg habis-habisan.Grup Kuning menang 2 kali grup hijau lak sekali..heheh.. terima kasih di atas usaha gigih 2 org kapten yg mmg bertarung habis-habisan masuk ke kubu lawan utk grab bendera tuh. sempat main 3 game jek tapi mmg puas hati..kira dah merasa la kami main paintball nih..sakit kene tembak tp mmg seronok. yg kelakarnye masing2 sibuk posing bila photographer nak amik gambar.sape2 yg nak main paintball ni aku mmg rekemen kat sini. RM65 sorang dgn peluru 200 biji. siap ada phtographer lagi yg dah ready nak amik gambo player in action. aku rasa dah murah dah tu. siap bole order breakfast/lunch kalo nak. dan jugak ada kolam tadahan air bukit yg mengalir. kat situla kami semua berendam. mmg best sgt sbb air dia sejukkkk! utk info lebih masuk sini je tengok..Dusun Ali King (ni kene bagi komisen kat aku ni promote ni).. gambar kitorang pon ada dia upload sekali.


so, dr Gombak, pas selesai mandi manda dan bersiap2, kami bergegas pulak ke The Curve utk sesi melalak..pegi karaoke plak. first time pegi ngan geng ni..apa lagi..memasing tunjuk skill..lgpon dengan geng sendiri so mmg tak control..belasah jek nyanyi..dr lagu terkini sampaila lagu rock kapak. dr RedBox tu kitorang bergegas plak pegi seberang bangunan, tengok cite LOVE. masa tgk cite ni aku mmg bersengkang mata nak tahan dr terlelap. sbbnye badan mmg dah letih dan citenye plak agak slow.. pastu kitorang belum lunch sbb tade masa utk lunch since karaoke ngan movie dah book awal2, badan mmg dah penat habis..so mmg kene tahan mata ar dr terlelap. Ita kat sebelah mmg da tersengguk dah. Yanna lak dok soksek.. ingatkan selsema ropenye..dah banjir! haha! makcik itu..mmgla..


habih movie, dlm kul 7 so kitorang lepak jap pastu pegi surau untuk maghrib.lepas tu...waktu ditunggu2...Marche! da lama kitorang plan nak makan kat sini.masa ni perut mmg dah lapar tahap maksimum..kene plak kat Marche tuh semua benda pon nampak cam best.. hehe..semua mmg melantak..tak sempat dah nak snap gambar makanan dah.. dpt makanan jek terus ngap! so bile perut dah kenyang ada yg cam dah recharge balik tp aku da mula rasa sakit badan..nak main boling lagi nih. Kak As terpaksa balik dulu so tak join boling. sempat kitorang snap gambar ngan owner tempat boling tu, Shalin Zulkifli sesampainye kami kat sana. memola aku tanak main tp bila sume main, termasuklah Tina yg kata dah pening kepala tu, so aku pon main ler jugak.. heheh.. kalo aku dah main tu paham2 ler sape yg dpt point paling sikit..kekeke! jenuhler sume org dok ngajar aku..tapi cara Ita ajar paling berkesan kekeke.. dptler 29 point utk 1 game..kekeke! oke lah tu dari tak dpt langsung.


sampai umah dah kul 12..besok nak keje lagi..mmg penat tak terkata tapi best sgt.. sbb kami sume mmg enjoy habis.. kiranya tujuan kitorang nak enjoy bersukaria sebelum kawan2 ke cawangan tu, tercapai. ni sampai bila2 pon aku akan ingat..