bila dah habis exam ni, penyakit M besar mulalah melanda. semuanya malas. dok umah malas nak gerak.dok melepet je depan tv.nak amik makanan pon malas nak bangun lagi lah malas. baju yg dah kering jemur malas nak lipat. kat opis malas nak buat keje. dah la nak tune balik kepala selepas hampir seminggu tak masuk opis. bukak2 emel bila tengok perkataan 'SEGERA' adeh bisa migraine kepala dgn hanya tengok huruf-huruf tu je. hari ni hari kedua aku keje lepas abis exam. baru rasa meriah sikit sebab Jumaat lepas ramai yg takde sbb terus sambung cuti sampai weekend. dan harini jugak masih ramai lagi org bertanyakan camna exam.. heheh aku sengih sumbing je lah.. dgn soalan kewangan yg tanya mcm lah kami org IT ni akauntan lagaknya dan undang-undang yg bagi soalan macamlah kami ni peguam kaedahnyer... seolah-olah memberi soalan SQL statement kat orang2 yg bukan dlm bidang IT ni. baru nganga nak jawab. aku ngan kawan-kawan aku yg SA nih, nak bezakan debit kredit pon merangkak2 buat analisa mana satu kene tolak mana satu kene tambah.. heheh.. lawak pon ada..semua yg termampu dah kami buat jadi selebihnya doa dan tawakal aje lah..moga2 murah rezeki lulus semua tak payah repeat lagi dan mmg tak mahu pon repeat lagi... exam ni sgtlah memenatkan....lagipun zaman belajar dah lama berakhir
Jadi utk meraikan sempena habisnye exam, apa lagi weekend pergi menghiburkan diri. Pagi2 lagi kemas rumah dulu yg dah berselerak dgn segala nota. yalah, aku bukannya dok sorang kan. sian kat housemate dah ler seminggu aku exam seminggu derang tak tenteram nak tgk tv. so kemas rumah dulu kasi terang sikit pemandangan. kebetulan ada colleague jemput pegi birthday party anak dia kat Kota Damansara tapi aku tak bawak kamera lah plak... seronok betul tgk budak2 yg ramai tu. masa nak pilih hadiah tu pon ngalahkan budak kecik kami dok excited tgk mainan kat toys 'r' us tu. nak wat cemane.. aku kecik dulu tade can nak main menan macam tu. sampai kat dewan tu, ingatkan kami org last sbb punyalah dok pusing2 cari dewan tak jumpa, rupa-rupanya party baru nak mula. apa lagi bolehlah kami makan dgn gembira sbb jadik org mula-mula yg rasmi makanan. org lain datang ngan anak ngan pasangan masing2, kami je anak dara yg pegi lenggang kangkung. apa lagi wat muka sadin je lah...tak salah kan...
Dah alang-alang kat Kota Damansara tu lepas birthday party lajak terus ke OU tgk movie.. tengok 'Wanted'. cite 18SG ni sebenarnya bukan taste aku tapi sbb ada James McAvoy so layan jek walaupun kebanyakan scene yg ganas tu aku asik tutup mata. Sib baik best movie nih. Twist kat akhir cite tu pon langsung takleh predict, aku la... org lain aku tak tahu lah kan. Ahad plak, urusan keluarga dari pagi sampai malam. so kiranya hujung minggu aku mmg full minggu ni. Oh ya Atiq, Kak Na dah dapat magnet fridge tu. thanks a lot! bertambah koleksi magnet fridge aku. nnt kene tulis jugak ni pasal koleksi aku nih.so sape2 yg nak gi oversea tu sila jangan segan-segan bitau saya kerana saya tanpa segan jugak nak kirim magnet fridge kat korang, okay!
Tapi lagi best minggu ni sebab keje sampai Khamis je. Jumaat harap maklum ye semua orang, aku takde kat Malaysia sampai Selasa...ngeh ngeh ngeh... cam la jauh benar nak pegi, dekat jer... cuti-cuti menenangkan fikiran orang kata.Tak sabar rasanya (",)